Thursday, October 21, 2010

Ujian dan Ujian

Dari pantai berahi teroka laut cinta
Karam kapal kasih
Lemas tapi bernyawa
Tuhan
Inikah ujianMu?

Mencari cinta kalau leka pasti hanyut
Dari muara takwa ke jeram murka!
Tuhan
Inikah mehnahMu?

Lumati ibrah Tuhan di hanyiran tasik Qarun
Atau kudung hidung Sphinx dampingi piramid Giza
Juga belahan laut Suez atau rekah Uyun Musa
Tuhan
Aku tidak mahu hanyut
Tersasar!


-C&RK

1 comment:

  1. salam w.b.t..
    bgus puisinya
    keep it up !
    stay still reading your entry ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut