Monday, August 22, 2011

:: Ganjil ::

Umpama mereka yang pertama kalinya bermain kasut roda
Aduh! sakit jatuhnya sangat terasa

Begitulah bernafas dalam jiwa hamba
Tak mudah
Ada bangkitnya
Ada jatuhnya,silih berganti

Benar kau tidak pernah jatuh?
Kalau aku, aku sering 'terjatuh'
Kau,aku dan semua sebenarnya serupa
Kasut roda yang sama,cantik,bulat
Cuma kemahuan bergerak yang berbeza




Mencari satu yang seribu
Adakah kau aku dan mereka masih setia padanya?
Penyatuan yang luar biasa!
Moga diperhatikanNya


~ 'Tak sesaat Kau biarku keseorangan,Tak sesaat pintaku jadi bebanan'
DEKAT oh DEKAT











_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?669fbc1db1c8d525a076a8a2a4f66806

Monday, August 1, 2011

JOM Jadi Pelumba


RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH RUHIYAH (PENBINAAN KEROHANIAN)

Pada dasarnya, setiap ibadah yang Allah perintahkan kepada hamba-hambaNya, selain merupakan kewajiban dan alasan diciptakannya manusia dan makhluk lainnya; juga merupakan wasilah untuk membersihkan diri manusia itu sendiri dari kotoran dan dosa yang melumuri jiwa, sehingga tidak ada satu ibadahpun yang terlepas dari arah tersebut.

a. Solat misalnya merupakan wasilah untuk mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.
b. Zakat yang dikeluarkan oleh orang kaya merupakan wasilah untuk membersihkan diri dan hartanya dari kotoran yang terdapat dalam hartanya seperti yang tersirat dalam surah At-Taubah ayat 103 : “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” dan surah Al-Lail, ayat 18 : “Yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya.”

Begitu juga dengan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat ibadah puasa, ia berfungsi sebagai wasilah bagi “Tazkiyatun Nafs” (perbersihan jiwa), di mana orang yang berpuasa selain menjaga diri untuk tidak makan dan minum, juga dituntut untuk :

1. Mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
2. Melatih dirinya untuk menyempurnakan ibadahnya kepada Allah walau dalam keadaan lapar.
3. Bersikap jujur.
4. Menjaga diri dari ucapan kotor dan keji.
5. Menjauhi sifat hasad dengki.
6. Memenangkan ruh Ilahi ke atas materialistik.
7. Mengutamakan akal di atas nafsu syahwat.

RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH JASADIYAH (PEMBINAAN JASMANI)

Ibadah puasa merupakan ibadah yang tidak hanya memerlukan pengendalian hawa nafsu tapi juga memerlukan kekuatan fizikal di mana puasa tidak diwajibkan bagi mereka yang kesihatannya tidak dalam keadaan terbaik seperti orang tua yang telah lanjut usia, orang sakit, wanita yang sedang hamil atau menyusu serta orang yang sedang musafir (dalam perjalanan).

Kesemua keadaan-keadaan tersebut merupakan keringanan (rukhsah) bagi mereka disebabkan :

a. Ketidakmampuan fizikal.
b. Keadaan kesihatan janin dan bayi.
c. Untuk menjaga kesihatan bagi orang yang sedang bermusafir.

Selain itu juga dengan puasa dari segi kesihatan akan :

1. Membersihkan usus-usus.
2. Memperbaiki kerja pencernaan.
3. Membersihkan tubuh dari sisa-sisa endapan makanan.
4. Mengurangi kegemukan.
5. Menenangkan kejiwaan atas aspek material yang ada dalam diri manusia.

RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH IJTIMA’IYAH (PEMBINAAN SOSIAL)

Selain melatih diri, puasa juga memiliki sisi pendidikan sosial di mana dalam kewajiban puasa Ramadhan, seluruh umat Islam di dunia diwajibkan berpuasa tanpa terkecuali samada :

a. Yang kaya atau miskin.
b. Lelaki atau wanita, kecuali bagi mereka yang ada uzur.

Di sinilah letaknya pendidikan sosial di mana mereka semua sama :

1. Di hadapan perintah Allah swt samada dalam merasakan lapar dan dahaga.
2. Dalam ketundukan terhadap perintah Allah swt.

Puasa juga dapat membiasakan umat untuk hidup dalam kebersamaan, bersatu, cinta keadilan dan persamaan.
Selain itu, ia juga dapat melahirkan kasih sayang kepada orang-orang miskin sehingga orang-orang yang mampu dan kaya merasakan apa yang di deritai oleh orang-orang fakir dan miskin sehingga ke tahap mahu memberi dari rezeki yang Allah anugerahkan kepadanya. Maka, dari sinilah di harapkan akan timbulnya rasa persaudaraan dan perpaduan.

Dalam puasa Ramadhan juga disunnahkan untuk memperbanyakkan sedekah kerana sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.

Bersedekah bukanlah hanya memberi wang , tetapi termasuk di dalamnya :

a. Memberi pertolongan.
b. Mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin.
c. Memberi perhatian.
d. Memberi seulas senyuman.

Jika konsep memberi (secara luas) ini dapat diterapkan secara maksima selama bulan Ramadhan, maka amat luar biasa pengaruhnya terhadap peribadi kita di mana :

1. Sikap kikir akan menyingkir.
2. Sikap kebergantungan akan menghilang.

Dengan memberi sedekah setahap demi setahap, harga diri akan meningkat kerana sesungguhnya ketika kita memberi, seseorang akan memperolehi. Oleh yang demikian, dalam konsep memberi terkandung intipati cinta-kasih.

Adanya kewajiban Zakat fitrah dalam bulan Ramadhan merupakan bukti lain adanya ‘tarbiyah ijtima’iyah’ yang dibangun dalam bulan Ramadhan, iaitu zakat atau sedekah yang dihubungkan dengan Aidil Fitri.

Pada saat itu, setiap orang Islam diwajibkan membayar zakat fitrah berupa bahan makanan yang jumlahnya telah ditentukan, samada berupa gandum, beras atau apa sahaja yang menjadi bahan makanan pokok daerah setempat dan dihitung menurut jumlah keluarga termasuk orang tua, anak-anak, lelaki dan perempuan.

Selain itu, dalam berpuasa juga ditanamkan sifat toleransi dan perpaduan dalam kehidupan yang memiliki pelbagai etnik, warna kulit dan bangsa, apalagi sesama muslim yang memiliki kepelbagaian mazhab, kelompok dan golongan yang berasal dari kepelbagaian kefahaman dalam mengambil intisari dari ajaran Islam.

Perbezaan kelompok, mazhab dan golongan adalah merupakan suatu yang lumrah, namun yang patut kita sedari bahwa dengan adanya perbezaan tersebut kita, umat Islam tidak boleh berpecah belah dan tidak bersatu, namun hendaknya ia mampu dijadikan wasilah untuk memupuk persaudaraan dan membangun bangunan Islam agar lebih kukuh lagi sehingga dengannya tidak akan berlaku saling berkelahi, mencela, menuding jari dan menghina semata-mata hanya permasalahan remeh temeh dan berstatus ‘furu’.

RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH KHULUQIYAH (PEMBINAAN AKHLAK)

Puasa juga mendidik manusia untuk memiliki akhlak yang mulia dan terpuji, sabar dan jujur serta tegar terhadap segala ujian dan cobaan.

Perkara ini boleh dilihat dari arahan Rasulullah saw dalam sebuah Hadits Qudsi bahwa orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.

Segala tingkah lakunya mesti berasaskan kepada budi yang luhur. Ia wajib menjaga diri, jangan sampai melakukan ‘ghibah’ (mengumpat diri orang lain atau gosip), atau melakukan perkara-perkara yang tidak berguna sehingga Allah berkenan menerima puasanya.

Rasulullah saw bersabda :

“Apabila seorang dari kamu berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Apabila dicela oleh orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah: “Aku ini sesungguhnya sedang berpuasa”.

Dalam hadits lain, Rasulullah saw bersabda :

“Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan dusta, maka Allah tidak memerlukan lapar dan dahaga mereka”. (HR Bukhari dan Abu Dawud).

Mengenai hadits di atas, Al’Allamah Asy-Syaukani berkata :

“Menurut Ibnu Bathal, maksud hadits di atas bukan bererti orang itu disuruh meninggalkan puasa, tetapi merupakan peringatan agar jangan berkata bohong atau melakukan perbuatan yang mengandungi dusta.”

Sedangkan menurut Ibnu Arabi, maksud hadits ini ialah bahwa puasa seperti itu tidak berpahala dan berdasarkan hadits ini juga, Ibnu ‘Arabi mengatakan pula bahwa perbuatan-perbuatan buruk tersebut di atas dapat mengurangkan pahala puasa.

RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH JIHADIYAH (PEMBINAAN SEMANGAT JIHAD)

Puasa juga merupakan wasilah dalam menumbuhkan semangat jihad dalam diri umat, terutama jihad dalam :

a. Memerangi musuh yang ada dalam jiwa setiap muslim.
b. Mengikis kehendak hawa nafsu.
c. Berusaha menghilangkan dominasi kecenderungan jahat jiwa yang sentiasa membawanya kepada perbuatan yang menyimpang.

Bahkan puasa juga menumbuhkan semangat jihad yang nyata di mana peperangan yang berlaku yang melibatkan Rasulullah saw dan para sahabat kebanyakannya di bulan Ramadhan dan justeru dengan berpuasa mereka mendapat lebih semangat dalam berjihad kerana dengan puasa, hati terasa lebih dekat kepada Allah swt dibanding hari-hari dan bulan-bulan yang lain, walaupun pada dasarnya Rasulullah saw dan sahabatnya tidak pernah merasa jauh dari Allah swt.

Bukan pula disebabkan oleh berpuasa, orang lalu boleh bermalas-malasan atau mengutamakan tidur, tapi yang lebih utama adalah kegiatan dan aktiviti orang yang berpuasa tidak kendor dan berkurang hanya kerana alasan sedang berpuasa.

Namun sebaliknya, ia mestilah lebih ditingkatkan lagi kerana ganjaran orang yang melakukan kebaikan ketika puasa Ramadhan bahwa pahalanya akan dilipat gandakan sepuluh kali ganda oleh Allah swt.

Oleh kerana itulah Allah swt berfirman :

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al Ankabut : 69)

Puncak tarbiyah yang dapat di raih oleh seorang muslim pada bulan Ramadhan adalah mencapai maqam taqwa disisi Allah swt sebagaimana firman Allah swt pada penutup perintahNya untuk berpuasa, “agar kamu bertaqwa”, kerana hanya dengan puasalah, kesihatan ‘qalb’ (hati) dan ‘jasad’ (jasmani) akan terjaga.

Ya Allah, sesungguhnya kami menanti kedatangan tamu yang agung ini di mana di dalamnya terkumpul segala wasilah tarbiyah yang meliputi pembinaan kerohanian, jasmani, sosial, akhlak dan semangat jihad. Berilah kekuatan untuk kami mentarbiyah diri-diri kami sehingga sampai ke puncak matlamat menjadi insan-insan yang bertaqwa.

Ameen Ya Rabbal Alameen
Fastabiqul khairat (berlumba-lumba melakukan kebaikan)

-PIM-

Untuk membaca pakej Sekolah Islam Ramadhan klilk SIR =)

Sunday, June 5, 2011

::Stress::

Kebiasaannya apabila kita ditimpa musibah,masalah atau mengalami tekanan perasaan, antara kaedah berikut mungkin menjadi pilihan untuk meringankan beban. Ada yang positif dan ada pula yang negatif.

Cara-cara negatif :

  1. Meluahkan masalah pada individu yang dipercayai
  2. Keluar makan angin atau bersiar-siar
  3. Mencoret di atas kertas atau di laman maya.Contohnya di dalam blog,facebook dan sebagainya,oops! dan sebagainyeuw!
  4. Menangis atau merenung seorang diri
  5. Mengambil pil penenang
  6. Tidur
  7. Melampiaskan tekanan pada individu yang tidak bersalah seperti ahli bait dan lain-lain dengan cara memarahi mereka atau membentak tanpa rasional
  8. Mencampak barang-barang yang ada di sekeliling
  9. MENCARUT? Nauzubillah min zalik..


Kaedah negatif ini hanya menambah kekusutan jiwa kerana ada yang melibatkan dosa.Hal ini juga membazirkan tenaga,masa dan barang yang dirosakkan.


Cara-cara positif :


Kaedah yang paling berkesan untuk mengatasi stress ialah dengan mengambil vitamin Z. Vitamin Z tidak perlu dibeli! Cukup dengan sedikit konsentrasi pada minda dan hati. Kita akan mendapat manfaat yang sangat besar daripada vitamin Z ini. Vitamin Z yang dimaksudkan ialah Zikrullah atau mengingati Allah. Ia terbukti berkesan bahkan memberi keuntungan bukan setakat di dunia fana,bahkan berpanjangan hingga ke akhirat!



Orang-orang yang beriman akan memperolehi ketenangan hati dengan zikrullah. Kenyataan ini merupakan jaminan Allah melalui ayat 28 surah ar-Ra’du. Apa jua permasalahan yang dihadapi hingga mendatangkan stress, boleh ambil vitamin Z ini. FREE!


Noktah penting yang kita perlu ada dalam diri ialah ikhlas.



Kaedah pengambilan vitamin Z secara berkesan:



Langkah 1 : Kosongkan fikiran terlebih dahulu


Langkah 2 : Kemudian perlahan-lahan hadirkan hati untuk mendapatkan khasiat vitamin Z. Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda.


Langkah 3 : Setelah fikiran anda mendapat rehat dan hati yang tenang dengan mengingati Allah,barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca sress dalam keadaan yang tenang.


Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih bertindak rasional dalam menentukan tindakan. Apatah lagi ketenangan yang datangnya daripada Allah. Bagi mengekalkan ketenangan yang diperolehi,usahakan kaedah penyelesaian yang diredhai Allah. Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita menggunapakai cara yang tidak diredhai Allah,ketenangan akan menghilang daripada kehidupan kita. Fikir-fikirkan...



Saturday, May 21, 2011

DI SEBALIK PEPASIR TAK SEMUA NYA PERMATA


hari jumaat..
hari yg penuh keberkatan..
hari yang dilipat ganda segala amalan..
namun dlm segala kemanisan terselit secebis kepahitan..

ASTAGFIRULLAH AL AZIM...
bkn niatku menyerang...
namun tindakan mu membuat ak tersentap..
spt petir...
senyap bercahaya tetapi membakar seluruhnya...
knp sume ni berlaku???
knp mst ko menzahirkan nya..
sdg kn ak amt mengerti perjuangan mu..
knp??
adakah utk menentangku??
adkh utk menyakitiku??
atau adkh kau sengaja ingin menjelaskan penindasanmu terhadapku??

YA ALLAH...
ak snggup ditentang oleh org sekelilingku..
ak snggup dibenci oleh org sekelilingku..
tp bkn semuanya ak terima drpmu....
sejak ungkapan " ak setuju " keluar dari mulutku...
ak amt mengharap kan kau menjd org yg bertanggungjwb ke ats diriku ketika org len mengabaikan ku..
ak amt mengharap kan kau menjd org yg sentiasa memberi semangat ketika org len meruntuhkan usahaku...
ak amt mengharapkan kau menjad org yg sentiasa menyokong ketika org len mengecilkan perjuanganku..
hanya itu yg ak pinta...
ko pengganti keluargaku yg jauh nun di sana...
YA ALLAH...
salahkan ak??
jika benar...
ingin sekali ak ungkapkan..

"ak mnx maaf"
tp blh ke ak dimaafkan...
"ko mnx maaf"
amt kerdil diri ini utk memaafkan mu...
hanya manusia biasa yg xmmpu ...
hanya manusia bese yg byk khilaf...
ak x layak..

YA ALLAH..
ASTAGFIRULLAH AL AZIM....
la tahzan tersemat di hatiku..
naskhah la tahzan sentiasa di genggamanku..
namun hati ini...
setitis air matamu jatuh..
selautan air mata ku menadah..
bukan utk meminta simpati..
hanya utk memohon ketenteraman..

ASTAGFIRULLAH AL AZIM..
bkn niat ku membiarkan diri dikuasai kemarahan..
apatah lagi meyerang tanpa usul..
namun benar kata pepatah...
telajak perahu blh berundur..
telajak kata dan tindakan hanya maaf kutinggalkan...

maafkn diri ini...
ASTAGFIRULLAH AL AZIM...




Friday, May 20, 2011

Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari..

Hari ini Jumaat, aku ceria seperti biasa.Tapi, tidak lama..
Benarlah kata orang, sarang tebuan jangan dijolok..
Itulah aku,berani sangat..

"tapi aku hanya memerhati,pemikiranku? fikrah kita berbeza?"

Ya Allah..apa ni, aku tak paham..
Tolonglah,kenapa mesti marah menguasai diri?
Ya! Mungkin aku salah, aku tersilap

"aku Band?"

jika diberi sebuah buaian yang tergantung di dahan pokok..
aku hanya ingin duduk tanpa membuai ke depan ,mahupun ke belakang...
aku nak yang tengah-tengah..adil kan? akar tak tercabut, daun tak gugur..

Hmm..sedihla macam ni...
Jujur,aku tak nak pun ini berlaku..
tapi bila Dia dah kata Kun,Kun lah kan..
tapi memang aku yang silap kan..

"aku minta maaf boleh?"

TIADA JAWAPAN.......

Aku nak minta maaf ni..kenapa? salahku ini terlalu menyakitkan hati eh?

"aku minta maaf boleh?"

Aku seperti diserang..masihku ingat..tibe2 kau kata "cukup x?"
Ya Allah..apa ni, aku tak paham..
Ya aku silap.tak boleh ke aku silap?
Aku dah banyak kali silap..maaf lah,sebab silap aku kali ni kena pada kau..

"aku minta maaf boleh?"

Kalau kau nak tahu, aku sedih lah sekarang..Mungkin kau nak cakap..

"alah,kau fikir kau punya sedih je lah?"

Kalau begitu jawapan aku senang sahaja..
Yela,kan aku yang silap.Aku yang terjolok sarang tebuan!

Saat ini, datang seorang sahabat..menunaikan tanggungjawabnya.. memberiku nasihat!
Katanya..

"Allah syg kamu,sebab itu Allah uji kamu..
Allah tahu segala-galanya,Jgn bersedih,tapi bersabarlah.
Mungkin Allah rindu pada kamu."

Aku selalu ingat, La Tahzan,Innallaha ma'ana.. Tapi....


Terima kasih kepada semua insan yang terlibat menghiasi hidup
aku hari ini.Suka,gembira,sabar,Sedih.. Alhamdulillah
Ya Allah,ku mohon petunjukMU..


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)



Friday, May 13, 2011

Duhai hati...


Bismillahirrahmanirrahim

Duhai hati
Duhai hati-hati di jari-jari Allah
Berterus teranglah
Saling percayalah
Berpadulah
Berkasih sayanglah
Kamulah hati-hati
yang sesungguhnya berkumpul
berikrar mendokong syariat Nya
Kamulah hati-hati
Yang memikul beban dakwahnya
Kamulah hati-hati
Yang pernah bersumpah
Untuk mengejar piala syahid
Di bumi ketandusan nilai Ilahi

Kami impikan nilai hidup bertuhankan Dia
Kami impikan tenang hidup bersuluhkan Al-Mubin
Kami mahukan roh hidup berbiah nubuwwah

Kapankah?
Mampukah?

Ya Allah
Kami mahu
Tapi kami tak mampu
Ya Allah
Kami rindu
Tapi sukar bersatu
Ya Allah
Kami perlu
Tapi kami tiada ilmu

Rindu dikelilingi suasana
Bilamana
Perhatian Allah dijadikan rebutan
Rindu dikelilingi suasana
Bilamana
Imbuhan manusia dipandang sepi
Rindu dikelilingi suasana
Bilamana
Allah, Allah dan Allah saja yang didamba-damba

Kata kakak
‘Dik… Tarbiyah bukan kerja mudah
Hasilnya bukan boleh kita lihat dalam setahun dua
Mungkin berpuluh-puluh tahun… Kita perlu bersabar…’

Kata abang
‘Dik… Kita perlu bina asas yang jitu…
Qaedah Sulbi… Perlu keras… Perlu kuat…
Ikut nabi kita… Nescaya kita bisa lihat sinar kesan tarbiyah’

Kakak… Abang…
Adik mahu
Adik rindu
Adik perlu
Tapi kadang-kadang adik keliru
Kemudian jadi tak menentu

Di bidang ini
Diri ibarat rebung baru tumbuh
Masih lembut lagi mudah dilentur-lentur
Tak kuat apatah gagah berdiri megah
Bisakah menanggung berat yang bertimpa-timpa?
Takut-takut, patah tak sempat menjadi buluh

Tapi… Kata kakak lagi
Semuanya bukan kerana usaha semata
Semuanya atas rahmat Allah

Rahmat Allah kakak?
Jadi… Kita berusaha
Namun cuma rahmat Allah yang menentukan

Adik nantikan rahmat Allah
Bila Dia kata
Kun
Maka kunlah kan?

Maknanya
Diakhirnya
Penamatnya
Kepada Allah jua diserah segala urusan

Maka
Duhai hati yang merindu
Duhai hati yang mahu
Duhai hati yang perlu

Nilai hubungan hati-hati kamu dengan tuhan kamu dahulu
Kerna di jariNya letak hati kita
Moga
Hati-hati ini
Bersatu, saling percaya, saling menguatkan, saling berkasih sayang
Atas rahmatnya
Agar tarbiyah
Jadi tak asing
Agar rindu ini
Seluruh umat mengerti dan turut merindu

Untuk hidup hanya untuk Allah Tuhan yang satu

Ameen



Last lecture :(

Saturday, April 23, 2011

Sesekali Diuji..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar sahabat? Apa khabar hati ? Apa khabar iman ?
Sengaja aku mencuri masa yg ada ini untuk..untuk perbaiki diriku sendiri.. pelik kan?
Khamis,14/4/2011- Buat pertama kalinya aku berjaya turun training rugby di padang gamaah. Setelah bertahun-tahun aku berpisah dengannya,kini aku kembali menyahut cabaran karier ini.(haha) Seronok juga! Malang tidak berbau, INJURED.. kata orang memang normal la tu kan.. Tapi bagi aku kelukaan yg aku hadapi ni terasa sangat la pedih..hanya Allah saja yg tahu.. jujur aku katakan,terasa juga sedikit seksa ketika aku solat.... Sakitnya! Keesokan harinya Jumaat,seperti biasa pergi ke masjid utk menunaikan solat Jumaat..Sakit yg ku rasa masih belum hilang sehingga kemuncaknya ketika duduk antara dua sujud.  Perit bukan? Pulang dari solat,ketika aku jalan berjengket-jengket..tiba-tiba hatiku terdetik... “ya Allah,lemahnya aku, sungguh.. sakit yg aku rasa ni masih belum cukup menebus dosa2 ku yg lalu” jika hendak dibandingkan,ia hanyalah seperti sebutir pasir berbanding dosa-dosaku yg menggunung..

Aku berdosa ya Allah!

Hari itu, sambil-sambil aku menghayati musim spring yg sedang menyelubungi bumi kinanah ini, sempat aku sign in facebook dekat phone. Hari-hari yg aku lalui sekarang terasa sgt panas pada siangnya. Sempat aku mengupdate status kosong ku..
“ya Allah panasnya hari ini,belum lg yg paling panas di dunia ini,dan macam mana pula nnt yg 70 kali ganda lagi panas tu ye? –hmm “

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim,Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: “sesungguhnya api yg kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian drpd 70 bhgn drpd api neraka jahanam.”Para sahabat berkata.”wahai Rasulullah,api dunia pun telah cukup(panas).” Baginda bersabda lagi: “Api neraka melebihinya dgn 69 kali ganda”

Aku terus meneroka ruangan laman sosialku di facebook, menarik! Ye status seorang seniorku sgt menarik perhatianku.. Statusnya berkenaan ungkapan takziah drpdnya kpd seorg kwn baiknya yg baru sahaja pergi menemuiNya, Al-fatihah.. Dengan nama arwah yg di tag oleh seniorku itu, berbekalkan 1001 persoalan,dgn mudahnya aku menyusuri ke wall facebook arwah... sebenarnya dah byk kali aku buat begini, x salah kan? Mengambil ibrah.. Pelbagai wall post dari sahabat2 arwah sempat ku baca.Salah satu wall post yg sedikit terkesan, seorg shbtnya mengungkapkan dahulu arwah pernah berkata..”mcm mana mesir? Packing cepat2,seronokla balik free.Sini Madinah ok je..Sy x balik la..NAK DUDUK SINI LAMA2” *boleh kurang mcm ni la.Sungguh..sayu..arwah merupakan seorang pelajar di Madinah,al-hafiz kalau x silap.. untungnya allahyarham dijemput olehNya di bumi yg sgt mulia..

Bagaimana pula aku,anda? Sudah bersedia utk offline ataupun sign out facebook buat selama-lamanya? Sudah bersedia face to face dgn Allah? Tepuk dada tanya iman.

Cepat! Lakukan ‘sesuatu’ sebelum wall facebook kita dipenuhi ucapan takziah!

-Sedikit muhasabah,perkongsian dari Solusi isu n0.28.Api Dunia vs Api Neraka-

Allah berfirman:”Tidakkah engkau melihat api yg kamu nyalakan.Kamukah yg menjadikan kayu itu atau Kamikah yg menjadikannya? Kami menjadikan api itu utk peringatan dan kegunaan bagi manusia.” (Surah al-Waqi’ah 56:71-73)

Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimat ‘peringatan’ ini dgn berkata: “Maknanya ,api dunia ini sebagai peringatan bagi api akhirat yg paling besar”
Imam al-Zamakhsyari,dalam tafsir al-Kashshaf mengungkapkan kata-kata yg sgt indah.Beliau menulis:”Allah menggantungkan sebab-sebab kehidupan dgn api,juga membuat seluruh manusia memerlukannya,agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah SWT.”

Oleh sebab itu,mari kita bayangkan suhu panas api neraka dgn membandingkannya dgn api yg paling panas di dunia.Permukaan matahari misalnya ,memiliki kepanasan yg mencapai kira-kira 6000¬°C,sementara suhu di pusatnya lebih kurang 15 000 000°C.Setiap batuan atau logam apa pun yg diletakkan disini akan lebur.Namun api neraka panasnya 70 kali ganda drpd ini.Bayangkan kesakitan yg tidak terkira yg akan dirasakan oleh orang yg berada di dalamnya.Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka,Allah gantikan dgn kulit yg baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.

Sekian, mohon doa drpd sahabat agar diri ini terus tabah sebagai perantau musafir perjuangan.Dan juga dipermudahkanNya utk mengharungi final imtihan akhir Mei ini,InsyaAllah.Jazakallah

Mohamad Akif Abdullah
Tika permulaan musim bunga,
Republic of Egypt

Monday, March 14, 2011

"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan..."

Dalam kesejukan malam itu..
Aku mendengar..
Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama
Salahuddin Al-Ayubbi
Merugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman,Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal sapa spiderman daripada kisah tokoh2 islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Sapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Sapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Sapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Sapa dia Muhammad Al-Fateh?
Sapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

Berapa kerat je umat zaman sekarang boleh menjawab? astagfirullah..
Keadaan berbeza apabila kita bertanya

Sapa dia Ultraman?
Sapa dia Batman?
Sapa dia Cicakman?
Sapa dia Spiderman?

lancar je jawapannya..
Benar bukan? .. hebatnya pengaruh Hedonisme dalam kehidupan.
astaghfirullah


Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan Anak kecil mendengar Cerita sang pelipur lara. bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar2 berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu.....





"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"


kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?

Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah
.. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin....


Suatu ketika dulu
beliau pernah meminta air minum,
tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata,
"Aku hampir mati kehausan".
beliau kemudian meminum air
yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..



Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya
tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan
dua
kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi
merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara.
beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap
tenteranya dan memberikan arahan kepada
panglima-panglima tenteranya.

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..


Asakan Tentera Islam teramat dashat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku


Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan
di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.



" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..




Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan





27 Safar, 589H
malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja'afar , seorang yang wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"
(Al-Hasyr: 22)


Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

"Memang Benar"


Selepas mengucapkan kata2 itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham
ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkan
nya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup
untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian.
Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang
menterinya.





Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
"Sekarang aku datang semula ke sini."


ALangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela islam ini sambil berkata

" Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!"


Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini..
Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat islam

Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku...

Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak2 muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

Aku menggelengkan kepala...

Salahuddin Al-Ayubi?

mungkin tidak....



http://pengembaraanmencarituhan.blogspot.com/

Monday, February 28, 2011

Wasiat Rasulullah kpd Muaz





" wahai muaz...
kuwasiati agar
bertakwa kpd ALLAH,
berbicara yg benar,
teguh memegang janji,
menyampaikan amanat,
meninggalkan khianat,
mengasihi anak yatim,
menjaga tetangga,
menahan amarah,
berbicara lembut,
memberi salam,
setia pd imam,
memahami AL-QURAN,
menyukai akhirat,
memprihatinkan hisab,
memendekkan angan2
dan beramal baik..
serta aku larang engkau
memaki org islam,
membenarkan org dusta,
mendustakan org benar,
menderhaka imam adil,
dan membuat kerosakan di bumi "


wallahua'lam........


Sunday, February 27, 2011

RIWAYAT BIDADARI SYURGA


Haruman 'RIWAYAT BIDADARI SYURGA' menebarkan aroma segar yg membangkitkan rasa insaf dan kagum terhadap keagungan kudrat MAHA PENCIPTA....subhanallah.....
kisah ini mencerita tentang keutuhan serta kemampuan seorang wanita yg lembut perwatakannya dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang anak yg solehah, isteri serta ibu...di samping tergolong dalam golongan para mujahidat yg tegar dalam membantu menegakkan agama islam...isteri juga merupakan tulang belakang kepada kekuatan berdirinya seorang lelaki yg berjuang fi sabilillah..kisah ini juga membuka mata semua wanita yg bergelar islam agar sentiasa meyakini keupayaan diri menggoncang dunia dalam melahirkan seorang pejuang kelak...buku ini ada melampirkan beberapa riwayat para isteri rasulullah, sahabat ,keluarga baginda serta isteri musuh ALLAH serta AGAMA iaitu isteri firaun laknatullah, asiah dan banyak lagi...mereka mempunyai akhlak yg sgt terpuji dan sukar digapai oleh wanita kini...mereka juga telah berjaya membuktikan bahawa wanita bukanlah sekadar org yg perlu dilindungi malah wanita juga berupaya melindungi kaum adam dgn kekuatan dan kemantapan iman serta keyakinan mereka terhadap yang MAHA ESA....
siapakah yang mampu menandingi kehebatan mereka???para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga...
sungguh, tanpa diminta, riwayat mereka merentasi ruang zaman nan megah..
kisah ini menyampaikan mesej, haruman mawar bukan sekadar utk dihidu, indah kelopaknya bukan sekadar utk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yg musyrik...memberi iktibar tanpa rasa gentar....


aduhai para bidadari syurga...
mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan kami tertanya-tanya...mampukah kami menjadi spt kalian???layakkah kami berdiri di sisi kalian???sedangkan sejarah kami jauh meyimpang dan x setanding sejarah kalian...pengorbanan kami x tersaing perjuangan kalian....kehambaan kami x setanding pengabdian kalian....


wallahua'lam....


Friday, February 25, 2011

Pesanan Akhir (dari SAYYID QUTB)



Saudara!
Seandainya Kau Tangisi Kematianku
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu
Maka Di Atas Tulang-tulangku
Yang Hancur Luluh
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini
Dan...
Teruskan Perjalanan Ke Gerbang Jaya

Saudara!
Kematianku Adalah Suatu Perjalanan
Mendapatkan Kekasih Yang Sedang Merindu
Taman -taman Syurga Tuhanku Bangga Menerimaku
Burung-burungnya Berkicau Riang Menyambutku
Bahagialah Hidupku Di Alam Abadi

Saudara!
Puaka Kegelapan Pasti Akan Hancur
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi
Biarlah Roh ku Terbang Mendapatkan Rindunya

Janganlah Gentar Berkelana Di Alam Abadi
Nun Di Sana Fajar Sedang Memancar...

(Ditulis beberapa ketika sebelum menemui SYAHID)

-petikan drpd buku 'Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia'

Tuesday, February 22, 2011

syukur nikmat

sedikit perkongsian utk menjadi renungan sahabat2 semua.....

ALLAH telah mmberi kita nikmat yg sgt besar nilainya spt nikmat hidup, pancaindera, dan segala pinjaman yg kita miliki di bumi ALLAH ini...namun begitu ramai yg x sedar akn kehadiran semua nikmat tersebut....rmai di antara kita yg x menghargai dan memanfaatkannya.... dgn itu kita telah lalai dan leka dalam menjaga serta memelihara segala nikmat yg telah dikurniakan... cth yg plg dekat ialah pengalaman dri ana sndr.... selama ini ana sering kali mengambil mudah terhadap nikmat pancaindera yg telah dianugerahkan kpd ana... nikmat pancaindera yg ana mksdkan ialah mata.... ana lupa n alpa dalam menjaganya... ana sering menggunakannya dgn cara yg slh... smpailah pd suatu masa ana merasakan pndngn ana semakin lama semakin kabur... dgn pemeriksaan yg ana buat, baru lah ana sedar yg ana telah pun rabun... begini lah caranya sahabat, dlm diam ALLAH menarik semula sedikit demi sedikit nikmat dr hambanya... dlm diam ALLAH memberi peringatan kpd kita... ALLAHUAKBAR....
dgn itu marilah kita muhasabah dri kita bhwa setiap yg berlaku ini adlh kerana :
ALLAH masih sygkan kita dgn memberi peringtn agr kita berubah????? (alhamdulillah)
atau
ALLAH telah murka dgn kita kerana xbersyukur dgn nikmatnya??? (nauzubillah)

sapa hati tanya iman....................... =)

Tuesday, February 15, 2011

The birth of a new EGYPT


Assalamualaikum wbt...

Berhabuk sudah blog nih..daun-daun kering pon dah nampak berguguran ... maklumlah, admin dia busy..
Alhamdulillah, saya di Malaysia sekarang! setelah pelbagai rintangan dilalui,akhirnya sampai juga ke rumahku syurgaku..

Winter break bertukar menjadi darurat..(Hari Kemarahan)

Begitulah jadinya.Banyak juga benda yang sudah dirancang,contohnya jaulah ke Sinai & mukhayyam di Dumyat..the main agenda! tapi,apakan daya kita hanya merancang,Dia yang menentukan,kerna Dia lah sebaik-baik Perancang! Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada peristiwa ini.Peristiwa 25 Januari 2011,insyaAllah tidak akan saya lupa.

Dua pemimpin tumbang angkara dua remaja. Di Tunisia Mohamaad Bouazizi, 26 tahun, korbankan dirinya untuk tumbangkan Zainal Abidin ben Ali. Manakala di Mesir Wael Ghonim, 30, membahayakan jawatan kanannya di sebuah syarikat gergasi dunia untuk tumbangkan Mubarak.
Berbaloikah pengorbanan dua anak muda itu...?

Dilihat dari sudut kemanusiaan, dua anak muda yang diangkat wira bangsa Arab itu telah berjaya meroboh kerajaan kukubesi di negara masing-masing. Namun apakah pula rupa bentuk kerajaan yang akan menggantikan kukubesi itu...? wallahua'alam..
Saya pernah melihat surat khabar Mesir(tidak ingat bertarikh bila), dan saya tertarik pada satu slogan yang bermaksud..

"ini bukan kebangkitan ikhwan,tapi ini kebangkitan syabab(pemuda)!!!"

ya,apa yang saya tahu, kebangkitan ini bukan hanya daripada bangsa Mesir yang beragama Islam sahaja,ia juga disertai ramai oleh bangsa yang berlainan agama contohnya Kristian. Akhirnya, hasil semangat menentang kezaliman daripada mereka selama 18 hari berjaya menumbangkan rejim Husni Mubarak yang sudah memerintah selama 30 tahun .Takbir! Allahuakhbar! Jutaan rakyat Mesir berasa sukacita atas kemenangan revolusi Mesir ini.Saya percaya Tahrir sentiasa menyaksikan peristiwa yang penuh bersejarah ini.

Congrates Syabab!
A bond has been created stronger than the bonds of blood
A bond forged through tears,death,sacrifice and faith
Hand in hand,they now rebuild their country
Egyptians now feel at home raising their proud heads to the horizon
A new promise of a better future now awaits them.. Allah!


kereta kebal yang sentiasa di jalanan


Winter break kali pertama dan yang sangat istimewa bagi saya.Alhamdulillah, kerana diberi kesempatan untuk bermusafir ke Bumi Allah, bumi Jeddah. Saya dan rakan2 terbang ke Jeddah dengan menaiki pesawat TUDM Charlie 6,dan........TERBAIK! situasinya sama seperti di dalam bas di Mesir yang penuh dengan penumpang, malah kali ini lebih mampat! -pengalaman
Sempat menginap di Kompleks Tabung Haji,Madinatul Hujjaj selama 6 hari. Dan sama juga seperti di Mesir, 'perintah berkurung' =.='



Charlie 6,TUDM

Sedih...melihat pelbagai ragam,keadaan dan apa yang berlaku oleh orang 'kita' di Jeddah. Lagi-lagi pada waktu malam,ramai yang berlakon seolah-olah sudah berkahwin! Kenapalah sesudah Mesir, bumi Allah Jeddah ini pula yang menjadi mangsa.. Jeddah masih suci! Jangan kotorkan ia! -dah terlambat

"kenapa ini berlaku?! tak cukup lagi ke bala daripada Allah yang sudah menimpa kita di Mesir?! ke memang tak takut Allah? mereka buat seolah-olah Allah tak nampak mereka " - kuliah pagi di madinatul hujjaj


Abu Dhabi,UAE stop.. ana ma'a akhi


Inilah cerita aku,
Cairo ku tinggal kan seketika,
Bukan bermakna aku tidak mengambil endah,
Tapi aku cuba menjadi pemerhati yang tajam!
Tuhan, masa yang Kau bagi selama ini terlalu singkat
Aku mohon dipanjangkan lagi kehidupanku dibumiMu Kinanah
Kerana apa?
Cukuplah aku kata, "perjuangan belum selesai"
Aku minta Kau panjangkanlah
Bukankah dulu aku pernah berkata aku ingin menjadi pelazim ilmu
Mesir,aku mohon
Sudilah kau menyambut aku lagi selepas ini
Sambut dengan wajahmu yang baru
Dan sudah tentu dengan barakah bumiMu yang tidak pernah kunjung malap



By time,
Indeed,mankind is in loss,
Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth
and advised each other to patience - al 'Asr



Sekian, Wasalam wbt.....

Mohamad Akif,Bagan Serai
Tika hujan rahmatNya membasahi bumi
Tika hati masih belum lekang kecamuk
Berfikir tentang diri.masa depan dan juga pengharapan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut