Sunday, August 29, 2010

MASUK MASJID/SURAU

Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:

Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”

Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.

Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.

Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.

Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):

“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:

“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

............................................................................................................................................


Ana percaya ada antara kita yg sedih dgn situasi yg berlaku sekarang....hal ini berlaku kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum..

Tahu x situasi apa yg dimaksudkan? kalau x tahu..tengokla berita, baca paper.. wallahua'lam

Sekian.....wasalam


Saturday, August 28, 2010

SALAM PERJUANGAN

Kita bertemu ats dasar AQIDAH yg satu...
Bernaung di bwh bendera LAILAHAILLALLAH...
Hati kita diikat UKHUWAH FILLAH...
Membawa MISI ALLAH di dunia...
Jual DUNIA utk AKHIRAT...
Wahai BIDADARA serta BIDADARI berhati MUJAHID serta MUJAHIDAH...
Sematkan KITABULLAH WASSUNNAH di hati mu...
Kilaukan pedang JIHAD di tgn mu...
Biarkan MUSUH2 dan TAGHUT itu gentar...
Agar SYAHID jd kafan mu...
Agar suatu hari tiba saat MALAIKAT, burung2 suci, kasturi mengiringi ROH mu...
Pergi mendapatkan RABB mu...
Nun di TAMAN HIJAU tertinggi...
TAKBIR ALLAH DEKAT DI HATI...
salam perjuangan buat rakan2...
semoga ap yg dikejar di dunia ini tidak melampaui bekalan kita di AKHIRAT SANA...

Friday, August 27, 2010

3 PERSOALAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kerana masih lg berkesempatan utk menaip sesuatu di ruang kecil ini..
Bkn apa..mgkin dgn coretan ini dpt menghias sedikit hati ana dan anda..mungkin jela..
Ana just nak berkongsi persoalan2 yg bermain2 di fikiran ana ..
Ini pon dgr time tazkirah terawih 2 hari lepas..

1)adakah hidup kita 'dengan' al Quran???
2)adakah hidup ahli keluarga kita 'dengan' al Quran???
3)adakah hidup masyarakat kita 'dengan' al Quran???

subhanallah..MasyaAllah... soalan nye nampak simple je...
tp..jawapannye? ok...stop

Firman Allah, maksudnya: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan."
(Al-Furqan: Ayat 30)

Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran."
(Sad 29)

.Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan."
( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)

Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah."
(An-Nahl, ayat 89)


...........................................................................................................................................

Dah sabtu dah!....beberapa jam je lg ni.. destinasi, Penang International Airport..
ada org dari india nak balik la..hehehe

Tuesday, August 24, 2010

JALINAN


Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini..

Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana........











:::Bertemu dan berpisah kerana Allah:::
:::Ukhwah fillah abadan abada:::
:::Hablumminallah wa Hablumminannas:::

Friday, August 20, 2010

"ANA BERSEKOLAH LA"

Assalamualaikum...

dah fasa ke berapa dah kita ber-Ramadhan ye? 3/3 - 1/3= 2/3 : 30-10=20
haaaa!!! tinggal lg 20 hari??? tp..ana rasa macamm...hmmm........(macam mane ni? ya Allah..kuatkanlah aku ya Allah)

kalau ikut jadual SIR(sekolah islam ramadhan) ,

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

macam mana ni? (dlm fikiran masing2 la yer)

................................................................................................................................................

Betul ke ana nak pergi sana?

hmm..betulla..insyaAllah..hajat+niat ,usaha2 & ikhtiar sebelum2 ni mmg dah ke arah sana...
tp...berserah pada takdir la.. ana mmg xtahu rahsia Allah..


Dah buat persediaan ke?

dah..
1) premedic 2bulan
2)JOM Pulau Kapas 3hari
3)SPIES kat ILSAS 3hari

Owhh.. ni kira dah berSEDIA la ni...?

*dah xboleh jawab*
terpikir2 juga...btol ke ana da bersedia..

Hakikatnya= BELUM
sebenarnya..ada lg' persediaan' yg belum diselesaikan.. ya Allah...permudahkanlah..

So, sekarang duduk rumah jela?

eeerr..xdela duduk sangat.... ade keje sikit

Abes tu?

"ana bersekolah la"

Jadi cikgu sebentar ke?

eh2...xla.. betul..
"ana bersekolah la"

xpahamla..

betul..cuma bese2 je...jadi 'murid' gak la....
ala...
"ANA BERSEKOLAH LA" !!!

............................................................................................................................................


Memikirkan, manusia tahu dan sedar, siapa Tuhan yang menciptakan dirinya. Dan sedar di akhir penghujung hidup dia akan mati, dan bertemu dengan Tuhan. Namun, mengapa manusia itu sangat degil?

wallahua'lam.....



Saturday, August 14, 2010

SIR : Sekolah Islam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !


Nak kata ia ....

Sekolah Berasrama Penuh(SBP) ? bajetla...

Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) ? mana mungkin...

MRSM? oooo..tidakk...

Sekolah Kluster? hahahaha.....

SMKA? salah..

Sekolah Teknik? huyyo....

ia 'hanya' sekolah harian....

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehariNawafilFardhiah*Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan170700
Ramadhan704 90049 000
Lailatul Qadr50 40035 280 000352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

Perhatian !!!

Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.


Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihanseawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.


"Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kalian."

Friday, August 13, 2010

SELAMAT BEREHAT USTAZ RAMLI..AL-FATIHAH

Assalamualaikum..
Diharap semuanya berada didlm rahmatNya dan masing2 sdg berlumba-lumba tuk mengharungi Ramadhan ini..
Pejam celik..pejam celik... dah masuk hari ke-3 kita berpuasa..masyaAllah.. begitu pantas masa berlalu..
...............................................................................
Pagi Jumaat,3 Ramadhan 1431 H
Setelah sebulan lebih arwah doktor Yahya pergi mengadap Illahi..
hari ini..seorg lagi jiran di taman ana pergi menyahut seruan Illahi..(Ustaz Ramli)

Innalillah hiwainna ilaihirajiu'un
"Sesungguhnya kami(kita) adalah kepunyaaan Allah dan sungguhnya kepadaNya kami(kita) akan kembali"

terasa sejuk hati ana kerna arwah 'dijemput' pada hari Jumaat(hari yg mulia) dan dlm bulan Ramadhan( sudah tentu sgt mulia)
semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dlm golongan2 yg soleh di sisiNya...

~"Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad -sahih-)

Al-Fatihah....



Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN..MARHABAN YA RAMADHAN..


Assalamualaikum..
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan utk merasa nikmat permulaan ramadhan kali ini.. alhamdulillah..harap2 sampai ke penghujungnya... moga2 ramadhan kali lebih baik dr taon2 sbelom ni.. kita tdk tahu ramadhan taon dpn adakah msih berkesmpatan ataupon tdk utk kita 'berjumpa' nya..? jd..gunakan sedikit kesempatan yg ada ni utk menghayatinya,meningkatkan ibadah.. sungguh! bulan Ramadhan ini sgt2 MULIA...
SAHUR+PUASA+SOLAT+BACA QURAN+SEDEKAH+ZIKIR+TARAWIH+QIAMULIAL & sbginya...
"Ya Allah.. kuatkanlah azamku..kuatkanlah azamku.. jgn Engkau biarkan aku tewas lg seperti Ramadhan2 sebelum ni.."

Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramdhan yang mulia ini.

Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadhan.

Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)

"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhar)

"Sesiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh dia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)


Selamat berpuasa dan moga kita semua dirahmati Allah di bulan Ramadan ini.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu,moga kamu menjadi orang yang taqwa ." - Surah Al Baqarah: 183

Marhaban Ya Ramadhan

سبحان الله والحمدلله ولااله إلاالله والله أكبر

Wednesday, August 4, 2010

Ya Allah... Tolong Khabarkan Kepada Si Dia


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

nota kecil : Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut