Friday, April 13, 2012

Aku bukanlah superman,aku juga bisa...

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah bersyukur kpd Allah krn masih beriku kekuatan mengingati password utk sign in..

Siang aku sedih, malam aku senyum,
Ceritanya begini, aku tinggal di sebuah bangunan.Tingkat bawah sekali ada dua kedai, satu kedai runcit dan satu lagi kedai gunting rambut.Tuan kedai gunting rambut tu nama dia Yasir, umur rasanya dlm 50tahun lebih.Jadi sudah tentula aku panggil dia 'ammu Yasir.'Ammu Yasir sgtla baik,peramah,sehingga tiap kali bertembung belum sempat aku bagi salam, dia yang bagi salam dulu.Paling best dia ni selalu bye bye (melambai2) kat aku kalu nmpk dari jauh.

Tapi semalam selepas asar,
masa aku nak buka segala kunci & rantai kat motor aku(tiap2 malam aku parking depan kedai 'ammu Yasir) ,dia datang ke arah aku. Dengan nada 'seorang Arab Mesir', dia marah aku.Sebabnya motor aku pagi tu bising sgt. ( maksudnya bkn motor aku ni jadi transformers, just ada alarm, jadi kalau dah ada orang sentuh mmg bunyi bisingla). Aku pon diam jela sambil dgr x dgr, sempat juga minta maaf 2-3 kali.'Ammu Yasir ni tak henti2 lagi marah kat aku. (sbb sebelum ni dia dah pernah bgtaw suruh off alarm waktu pagi).

Lepas dia marah aku,dia masuk kedai gunting rambut dia,dgn nada marah2 lagi dia pi cerita pula kt pelanggan kedai dia.Waktu tula,tiba2 nafsu amarah aku naik,aku 'tertinggi suara' kat dia,
"ya mmg salah saya, nak marah, cakap kat saya jela, xperlu la cakap kat org lain!"
Time tu lagi dia bising, sampai membe arab kedai2 sebelah dtg nak teanangkan dia...

Allah...

Aku terus masuk rumah.Aku baring atas katil.Waktu tu la,aku.. aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis. Eh,sebenarnya tak la sampai nangis, sebak ja. Bukan sebegini aku dididik! Yela, searab-arab pon orang Mesir, yg tua mesti dihormati! Ni pula 'ammu Yasir, jiran bwh rumah yg baik dgn aku selama ni.

Malam tu,
pulang dari rumah kawan, selesai parking motor, waktu nak naik tangga tiba2 'ammu Yasir panggil aku.Belum apa2 lagi, dia terus cakap kat aku,minta maaf,asif, i'm sorry. Aku memang senyum habisla, dan minta maaf juga.Dia tegur, waktu dia ckp kat aku siang tu, aku kenala pandang muka dia btol2, bukan buat tak endah ja.

Allah..Allah..Allah
Terasa bersalahnya aku, asyik fikir kesalahan orang, kesalahan sendiri?

Semenjak itu, hubungan aku dengan 'ammu Yasir bertambah erat.Dia umpama ayah aku disini.Bla bla bla... -ayat ending karangan waktu SPM dulu-

Teringat kata seseorang dulu, 'nak bergaduh datanglah Mesir'(bkn dia ajak bergaduh) Mungkin ada betolnya.Tapi percayalah, bergaduh tahap mana pon orang Mesir ni, paling cepat malamnya tu dah berbaik-baik semula dah.Dah pi minum teh sama-sama dah!




*tapiakutakgaduh*



Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Janganlah marah! "
Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Janganlah marah ! " -Hadis Riwayat Bukhari


Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, krn marah membawa byk keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain. Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yg membawa kpd kemarahan. la juga bererti menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.Seseorang yg gagah perkasa dan handal bkn hanya yg mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yg mampu menahan marah.Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yg dibenarkan.

Sekian,wasalam wbt.


3 comments:

  1. biasala la org tua, sensitif sikit

    apa perasaan pemilik blog ni kalau pemilik blog ni tangah marah kat seseorang lrpas 2 dia buat endah tak endah

    bila kena marah senyum sampai telinga
    angguk2 je
    :)

    ReplyDelete
  2. salam wbt,
    lama tak ziarah dia.
    Kay fa ha luk?

    btw, bila baca entri ni, teringat post yg dulu
    mim - musibah
    sod - sabar
    ro - redha

    kuat kan? :)
    bawak banyak2 bersabar

    wallahu'alam
    wassalam wbt.

    ReplyDelete
  3. Tuan kedai gunting rambut tu nama dia Yasir, umur rasanya dlm 50tahun lebih.Jadi sudah tentula aku panggil dia 'ammu Yasir.'Ammu Yasir sgtla baik,peramah,sehingga tiap kali bertembung belum sempat aku bagi salam, dia yang bagi salam dulu.Paling best dia ni selalu bye bye (melambai2) kat aku kalu nmpk dari jauh.Проверенные проститутки Киева sex Кто не доволен тем, что имеет, тот не был бы доволен и тем, что хотел бы иметь.
    - это элегантные и элитные куртизанки, которые любят ... Приглашаем познакомиться с девушками Киева! Очаровательная брюнетка: шикарная, исполненная страсти и обаяния. Хочешь познакомиться со мной поближе? Тогда позволь мне пригласить тебя в гости. Мы рухнем в омут страсти и не покинем эту сладкую гавань до тех пор, пока полностью не утолим свою страсть. Я готова заниматься интимом активно и самозабвенно.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut