Sunday, June 5, 2011

::Stress::

Kebiasaannya apabila kita ditimpa musibah,masalah atau mengalami tekanan perasaan, antara kaedah berikut mungkin menjadi pilihan untuk meringankan beban. Ada yang positif dan ada pula yang negatif.

Cara-cara negatif :

  1. Meluahkan masalah pada individu yang dipercayai
  2. Keluar makan angin atau bersiar-siar
  3. Mencoret di atas kertas atau di laman maya.Contohnya di dalam blog,facebook dan sebagainya,oops! dan sebagainyeuw!
  4. Menangis atau merenung seorang diri
  5. Mengambil pil penenang
  6. Tidur
  7. Melampiaskan tekanan pada individu yang tidak bersalah seperti ahli bait dan lain-lain dengan cara memarahi mereka atau membentak tanpa rasional
  8. Mencampak barang-barang yang ada di sekeliling
  9. MENCARUT? Nauzubillah min zalik..


Kaedah negatif ini hanya menambah kekusutan jiwa kerana ada yang melibatkan dosa.Hal ini juga membazirkan tenaga,masa dan barang yang dirosakkan.


Cara-cara positif :


Kaedah yang paling berkesan untuk mengatasi stress ialah dengan mengambil vitamin Z. Vitamin Z tidak perlu dibeli! Cukup dengan sedikit konsentrasi pada minda dan hati. Kita akan mendapat manfaat yang sangat besar daripada vitamin Z ini. Vitamin Z yang dimaksudkan ialah Zikrullah atau mengingati Allah. Ia terbukti berkesan bahkan memberi keuntungan bukan setakat di dunia fana,bahkan berpanjangan hingga ke akhirat!



Orang-orang yang beriman akan memperolehi ketenangan hati dengan zikrullah. Kenyataan ini merupakan jaminan Allah melalui ayat 28 surah ar-Ra’du. Apa jua permasalahan yang dihadapi hingga mendatangkan stress, boleh ambil vitamin Z ini. FREE!


Noktah penting yang kita perlu ada dalam diri ialah ikhlas.



Kaedah pengambilan vitamin Z secara berkesan:



Langkah 1 : Kosongkan fikiran terlebih dahulu


Langkah 2 : Kemudian perlahan-lahan hadirkan hati untuk mendapatkan khasiat vitamin Z. Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda.


Langkah 3 : Setelah fikiran anda mendapat rehat dan hati yang tenang dengan mengingati Allah,barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca sress dalam keadaan yang tenang.


Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih bertindak rasional dalam menentukan tindakan. Apatah lagi ketenangan yang datangnya daripada Allah. Bagi mengekalkan ketenangan yang diperolehi,usahakan kaedah penyelesaian yang diredhai Allah. Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita menggunapakai cara yang tidak diredhai Allah,ketenangan akan menghilang daripada kehidupan kita. Fikir-fikirkan...



2 comments:

  1. salah 1 cara tenangkan hati
    selain itu baca @ mendengar ayat suci quran pon blh tenangkan hati
    selain itu hadirkan diri ke majlis ilmu agama jg blh tenangkan hati
    malah,asingkan diri di tempat yg sunyi untuk beribadat blh menenangkan hati

    p/s:ni je la yg saya dpt dr tazkirah

    ReplyDelete
  2. Dikala kita susah, carilah Allah;
    Dikala kita senang juga, carilah Allah;
    Kalau kita sedih, mengadulah dengan Allah;
    Dan kalau kita gembira sekalipun, ingatlah kepada-Nya;
    Manusia selalu lupa kepada pencipta-Nya yang Maha Agung;
    Tetapi Sang Pencipta tidak pernah lupa kepada hambanya yang sering menyebut nama-Nya pagi dan petang;
    Yang senantiasa mengakui kekerdilan diri di hadapan Rabbul Jalil, lantas mengharapkan belas kasihan dan pertolongan dari-Nya;
    Yang menjadikan riang tawanya, sedih pilunya hanya semata-mata LILLAHI TAALA;

    Maka,
    Carilah tuhanmu di mana sekalipun kamu berada;
    Ketika mana kamu dihimpit kesempitan mahupun;
    Di waktu kamu dilimpahi nikmat yang melimpah-ruah;
    Kerana di situ kamu akan mendapat ketenangan yang hakiki;
    Ketenangan yang tidak pernah kamu rasakan sebelum ini;
    Ketenangan yang mampu membahagiakan jiwa sang pencari untuk selama-lamanya....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut