Friday, May 20, 2011

Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari..

Hari ini Jumaat, aku ceria seperti biasa.Tapi, tidak lama..
Benarlah kata orang, sarang tebuan jangan dijolok..
Itulah aku,berani sangat..

"tapi aku hanya memerhati,pemikiranku? fikrah kita berbeza?"

Ya Allah..apa ni, aku tak paham..
Tolonglah,kenapa mesti marah menguasai diri?
Ya! Mungkin aku salah, aku tersilap

"aku Band?"

jika diberi sebuah buaian yang tergantung di dahan pokok..
aku hanya ingin duduk tanpa membuai ke depan ,mahupun ke belakang...
aku nak yang tengah-tengah..adil kan? akar tak tercabut, daun tak gugur..

Hmm..sedihla macam ni...
Jujur,aku tak nak pun ini berlaku..
tapi bila Dia dah kata Kun,Kun lah kan..
tapi memang aku yang silap kan..

"aku minta maaf boleh?"

TIADA JAWAPAN.......

Aku nak minta maaf ni..kenapa? salahku ini terlalu menyakitkan hati eh?

"aku minta maaf boleh?"

Aku seperti diserang..masihku ingat..tibe2 kau kata "cukup x?"
Ya Allah..apa ni, aku tak paham..
Ya aku silap.tak boleh ke aku silap?
Aku dah banyak kali silap..maaf lah,sebab silap aku kali ni kena pada kau..

"aku minta maaf boleh?"

Kalau kau nak tahu, aku sedih lah sekarang..Mungkin kau nak cakap..

"alah,kau fikir kau punya sedih je lah?"

Kalau begitu jawapan aku senang sahaja..
Yela,kan aku yang silap.Aku yang terjolok sarang tebuan!

Saat ini, datang seorang sahabat..menunaikan tanggungjawabnya.. memberiku nasihat!
Katanya..

"Allah syg kamu,sebab itu Allah uji kamu..
Allah tahu segala-galanya,Jgn bersedih,tapi bersabarlah.
Mungkin Allah rindu pada kamu."

Aku selalu ingat, La Tahzan,Innallaha ma'ana.. Tapi....


Terima kasih kepada semua insan yang terlibat menghiasi hidup
aku hari ini.Suka,gembira,sabar,Sedih.. Alhamdulillah
Ya Allah,ku mohon petunjukMU..


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)



3 comments:

  1. 3 cara tenangkan hati
    1)baca/denga Al-quran
    2)hadir majlis ilmu
    3)asingkan diri di tempat yg sunyi utk beribadat

    ReplyDelete
  2. ustaz yg selalu bg tazkirah ade bgtau
    -jika kite minx maaf n org 2 maafkan kite...kite terlepas
    -jika kite minx maaf n org 2 xnak maafkan...kite jg terlepas cz kite da minx maaf...hal dia x maafkan kite itu urusan antara dia n Allah
    smileeeeee ^_^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..maafkan ana.sengaja ana nk tinggalkan jejak di blog yg mantap ni.alhamdulillah ilmu yang kamu titipkan di blog ni sgt berguna..terlalu bermanfaat.smga allah titipkan kebahagiaan buat kamu. salam ukhwah fillah n salam ramadhan.sabar itu darjatnya terlalu tinggi.istiqamah wahai sahabat=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut