Sunday, February 27, 2011

RIWAYAT BIDADARI SYURGA


Haruman 'RIWAYAT BIDADARI SYURGA' menebarkan aroma segar yg membangkitkan rasa insaf dan kagum terhadap keagungan kudrat MAHA PENCIPTA....subhanallah.....
kisah ini mencerita tentang keutuhan serta kemampuan seorang wanita yg lembut perwatakannya dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang anak yg solehah, isteri serta ibu...di samping tergolong dalam golongan para mujahidat yg tegar dalam membantu menegakkan agama islam...isteri juga merupakan tulang belakang kepada kekuatan berdirinya seorang lelaki yg berjuang fi sabilillah..kisah ini juga membuka mata semua wanita yg bergelar islam agar sentiasa meyakini keupayaan diri menggoncang dunia dalam melahirkan seorang pejuang kelak...buku ini ada melampirkan beberapa riwayat para isteri rasulullah, sahabat ,keluarga baginda serta isteri musuh ALLAH serta AGAMA iaitu isteri firaun laknatullah, asiah dan banyak lagi...mereka mempunyai akhlak yg sgt terpuji dan sukar digapai oleh wanita kini...mereka juga telah berjaya membuktikan bahawa wanita bukanlah sekadar org yg perlu dilindungi malah wanita juga berupaya melindungi kaum adam dgn kekuatan dan kemantapan iman serta keyakinan mereka terhadap yang MAHA ESA....
siapakah yang mampu menandingi kehebatan mereka???para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga...
sungguh, tanpa diminta, riwayat mereka merentasi ruang zaman nan megah..
kisah ini menyampaikan mesej, haruman mawar bukan sekadar utk dihidu, indah kelopaknya bukan sekadar utk dikagumi tetapi durinya mampu mencarik hati yg musyrik...memberi iktibar tanpa rasa gentar....


aduhai para bidadari syurga...
mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan kami tertanya-tanya...mampukah kami menjadi spt kalian???layakkah kami berdiri di sisi kalian???sedangkan sejarah kami jauh meyimpang dan x setanding sejarah kalian...pengorbanan kami x tersaing perjuangan kalian....kehambaan kami x setanding pengabdian kalian....


wallahua'lam....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut