Thursday, December 9, 2010

Nur Malam


Renungi malam ini rasa kesangsian
ku kini berada di alam yang sunyi
hanya bertemankan bintang dan bulan
di malam kelam
hembusan angin bayu pastikan berlalu
seiring dosa lalu yang membelengguku
moga semalam jadi pedoman
dan pengajaran
langkah kaki kananku
menyusuri rumah suci
bermula episod baru
dalam ketulusan hati
bila hati menghadap tuhan
baru kusedar ada kelemahan
terasa kerdil berbanding Yang Esa
terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan



tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku
inginku ubah cara hidupku yang lalu
menjadi hamba yang diredhai selalu
tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu
kuakhiri sujud dengan doa
semoga dikabulkan hajat
dijauhkan duka lara
kuharap terimalah taubat

Tuesday, November 2, 2010

Tika hati berkecamuk

Di permukaan asing ini aku menulis lagi
Tika hati dirundung kecamuk
Mendamba kasih tiada berpunca
Mengharap harapan tiada berusaha
Aku hanya mahu meluahkan
Segala beban yang nmembebani minda terhadku
Semata memberi sedikit ruang
Agar hatiku tidak kecamuk lagi
Agar mindaku boleh berfungsi lebih produktif

Bukan senang mahu jadi manusia
Menggalas amanah Tuhan memakmur bumi
Masakan tidak kalau langit luas paling awal mengalah
Kalau gunung kukuh juga menolak?
Namun ia bukan alasan untuk manusia jadi pengecut
Mengharap tuah dari Yang Kuasa
Menagih rezeki dari Maha Pemurah
Sedang amanah dibiar ibarat sampah
Malu

Aku memanjat kesyukuran tidak terhingga kepada Pencipta
Lahirku sebagai manusia
Punya akal anugerah berharga
Punya anggota kamil sebagai wadah ibadah
Biarpun ramai manusia tidak mahu jadi manusia
Membuntuti nafsu laksana haiwan
Mementingkan perut tanpa hirau kawan-kawan
Sedang haiwan pandai berkawan
Tidak segankah manusia jika manusia lebih haiwan dari haiwan?

Di benua gersang ini aku nukilkan puisi lagi
Tika hati masih belum lekang kecamuk
Berfikir tentang diri.masa depan dan juga pengharapan
Semata-mata untuk minda kembali menghitung diri
Adakah masih berteguh di jalan keizzahan
Atau sudah goyah diganggu nafsu amarah dibisik syaitan

Aku hanya mampu menjadi baik kalaupun bukan terbaik
Kerana sedar diri ini bukan kamil
Diri ini juga masih haus dahagakan pengalaman
Walau sudah menyeberang benua
Aku masih mentah
Ilmuku masih rendah
Imanku masih terumbang-ambing

Bukan senang mahu jadi pelazim ilmu
Kerana dibahu tergalas amanah
Ilmu di dada bukan khazanah untuk disimpan
Bukan juga harta untuk mengaut untung berkoyan-koyan
Tapi sebagai wadah untuk menjadi muslim beriman
Bukan untuk diri sendiri
Malah buat pedoman kawan-kawan
Kerana manusia tidak betah hidup tanpa teman
Sedang haiwan hidup berkumpulan
Kelebihan manusia hanya pada fikiran....

Aku merafak tahmid kepadaMu Tuhan
Kerana aku masih berjuang atas landasan keilmuan
Berbicara tentang hari ini dan masa depan
Hal-hal manusia hari ini di dunia penuh keseronokan
Serta natijah mereka masa depan di akhirat dihujani persoalan
Tentang kehidupan juga amalan
Adakah terjawab dengan tenang ataupun terhalang lisan
Sambil diganti anggota kaki dan tangan
Sebagai saksi kepada perlakuan

Di saat udara masih membeku
Aku mencatat lagi
Tika hati berkecamuk itu dan ini
Hanya untuk menyuntik sedikit semangat
Agar diri ini betah untuk ke hadapan
Dipandu akal yang tidak terseleweng
Berdusturkan wasiat Rasul pemberi bayan

-Cinta & Rona Kinanah-

Thursday, October 21, 2010

Ujian dan Ujian

Dari pantai berahi teroka laut cinta
Karam kapal kasih
Lemas tapi bernyawa
Tuhan
Inikah ujianMu?

Mencari cinta kalau leka pasti hanyut
Dari muara takwa ke jeram murka!
Tuhan
Inikah mehnahMu?

Lumati ibrah Tuhan di hanyiran tasik Qarun
Atau kudung hidung Sphinx dampingi piramid Giza
Juga belahan laut Suez atau rekah Uyun Musa
Tuhan
Aku tidak mahu hanyut
Tersasar!


-C&RK

Monday, September 27, 2010

Sendiri


Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku, berbicara menyalakan api
Tika kau di sampingku tuturmu kuanggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak ku endahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali, mengubah yang terjadi
Pasti takkan ku ulangi, walau hanya sekali
Namun hanya do'a yang bisa, ku kirimkan

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerana kita kan, kerna kita kan akhirnya SENDIRI.



Friday, September 24, 2010

WELCOME TO EGYPT

WELCOME TO EGYPT!!!
Perkataan ni yg slalu kita dgr mse kita menjejakkn kaki bt pertama kalinye ke bumi anbia' ni....
nmpak mcm best...
nmpak mcm seronok...
tapi......
dlm keseronokan tu sume byk lagi perkara yg lbh memberi erti pd kita...
byk lagi perkara yg perlu kita hadapi...
byk lagi cabaran dan dugaan yg mendtg...
n yg plg pnting besar lagi tanggungjawab kita s'bek berpijak ke bumi para aulia' ni..
iaitu TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORG PELAJAR DI TIMUR TGH...
bkn stakat pelajaran duniawi yg ditunutut malah ilmu ukhrawi juga...
bkn stakat kesenangan di dunia tapi juga di akhirat..
sgt beruntung kpd penuntut di timur tgh ni yg pndai menggunakn peluang yg ad...
di sini sy nk kongsi lah serba sdkit pengalaman yg x seberapa sepanjang berada di bumi MESIR ni..
pengalaman pertama sebaik shja smpai ialah....
sy diuji dgn urusan bank yg agk ssh utk berurusan..
bkn sbb xtau or lupa nk bka bank yg mudah utk berurusan di sini...
tp sbb...
mslh umur yg msh lagi xckup utk bka bank hSBC...
seterusnya...
mslh duit RM yg byk yg lupa utk ditukar menyebbkn duit RM melebihi duit USD...
2 mmg sbb kelalaian lah...lupa nk tkr suma kpd USD..
then...
mslh laptop yg tba2 out of service..ntah sbb ap ntah...
tba2 hang n xbleh nk taip....
dah lah mcm xtau sgt psl IT ni...
lpas tu dtg plak 1 dugaan yg rse agk diuji oleh org yg dikenali...
dgn msg yg pertama 'salam..ahlan wasahlan hayyu sabe'...
rse agk terkjt sbb tu mmg no yg x dikenali n xprnh d'guna..
sbb sblm dy ad lah sorg pak arab ni tpn n ckp merepek2...bkn nye fhm pn..
sbb mmg pure arab...bkn skali dy tpn tp byk kali...
2 yg agk takut 2 ble ad no bru tba2 menyelinap msuk...
n lastly rpe2nye dy juz nk tau je yg tu mmg no sy or bkn..
slh sy jgak..sy yg dah terbagi klu kt dy yg tu no mesir...
sbb ntah knpa sy mmg ssh sgt nk ingt no mesir ni...
2 sbb lah xprasan yg rpe2 nye no yg dy tnye tu adlh no sy sndiri..
so terkenalah sy pd hari tu..
n akhirnya....
resolusi utk sume tu adlah USAHA n TAWAKAL...
ap yg pling pnting adlah...
ingt lah konsep ni spanjang berada di ARDHU KINANAH ni...
PERKATAAN MESIR TU SNDRI :
MIM : musibah
SODD : sabar
RO' : redha
INSYAALLAH.....SEGALANYA D'PERMUDAHKAN...
ALLAH SENTIASA MEMBERI UJIAN DAN DUGAAN KPD HAMBANYA STAKAT MNE YG BLEH DITANGGUNG OLEH HAMBANYA...
DAN UCAPLAH ALHAMDULILLAH JIKA DITIMPA SEBARANG UJIAN KRN ALLAH MSH MENYAYANGI KITA DAN INGIN MENGUJI TAHAP KEIMANAN KITA...

OLEH ITU SME2 LAH KITA MENDEKATKAN DRI KPD ALLAH DALAM AP JUA KEADAAN...
WALLAHUA'LAM....

Sunday, September 19, 2010

Hari yang ditunggu-tunggu semakin hampir..

Assalamualaikum..

Baru ku sedar hari 'itu' sebenarnya sudah tiada hari.. hanya tinggal beberapa jam,beberapa saat dan beberapa detik... tp,aku akui boleh jadi aku x tempuhi hari 'itu'..tp.. aku nak! aku teringin!
Hatiku meminta KETENANGAN ya Allah...

Ya Allah..
Saat-saat ini aku mohon, Kau ampunilah dosa-dosaku,kecil dan besar.....aku sedar aku tidak layak untuk syurgaMu..tp,aku sangat takut akan azab nerakaMu ya Allah...Kau lah maha Pengampun...

Ya Allah..
Detik-detik ini aku mohon.. Kau kuatkanlah aku...tabahkan hati aku..kuatkanlah semangat aku untuk menempuhi hari-hariMu..untuk meneruskan perjuangan!

berapa nikmat yang Kau beri...
berapa yg telah aku ingkari..Ya Allah...


Ya Allah...
Kau tahu apa yg aku inginkan...kerana Kau maha Mengetahui..
Jadi,aku mohon Kau permudahkannya...wahai Tuhan yg memperkenankan...

Ya Allah....
Selamatkanlah PERJALANAN ku hari ini...dan hari-hari berikutnya,....
SAMBUTLAH AKU DENGAH BARAKAH BUMIMU ITU..
Jangan Kau sesekali menyerahkan aku kepada diriku ...kerana aku tidak mampu...

Ya Allah..
Kau bantulah aku untuk menyelak debu-debu itu..
Agar dapat kulihat dan mungkin mengambil pinjam permata-permataMu itu sementara..

Harapanku..
Moga dikurniakan...
manisnya iman,berpanjanagan...
Moga lautan,hilang gelora..
Untukku BELAYAR..

VENI VIDI VICI!!!


Wednesday, September 8, 2010

Riwayat Bidadari Syurga


dalam kelembutanmu,
ketegasanmu tak tergugah,
dalam penuh rasa malumu,
suaramu menggegar dunia,
disebalik halus jemarimu,
tergenggam utuh janji setia.

wahai bidadari syurga..
kau tambat hati pada yang ESA.

Tuesday, September 7, 2010

Khinzir di sekeliling kita


Julai lepas,alhamdulillah sempat mengikuti bengkel Industri Makanan Halal Malaysia. Anjuran Universiti Cairo dengan kerjasama Universiti Malaya di ARMA. Panelnya, Dr.Pazim dari UM rupanya ayahanda sahabat saya, ukhti Norizan yang dikenali sejak kecil.

Bukan itu tajuk utamanya. Saya ingin beritahu anda apa yang Dr.Pazim bentangkan di dalam bengkel. Ia berkenaan makanan dan keperluan hidup kita.Ia berkenaan khinzir. BABI. Eh, kenapa mencarut ni?

Tidak, BABI adalah Bahasa Melayu. Tetapi jadi perkataan carut kerana bencinya umat Melayu-Islam terhadap BABI. Kerana umat Melayu-Islam ini telah dibentuk fikirannya oleh wahyu, maka nama binatang yang diharamkan syariat terus menjadi carutan yang jijik.

Maaf, dalam entri kali ini saya mahu gunakan perkataan Bahasa Melayu ni. BABI. Supaya saya dan anda lebih faham kerana ia bahasa ibunda kita. Supaya saya dan anda sedar betapa jijiknya dunia yang kita diami kini.

kembali ke ARMA. Dalam slot kedua bengkel, Dr.Pazim tayangkan slideshow berkenaan makanan haram dan kegunaan BABI di dalam industri makanan dan pembuatan moden. Kerana kesuntukan masa, slide ditayangkan dengan agak laju dan tidak banyak yang saya sempat tangkap maklumatnya. Namun sedikit sebanyak ia tetap menambah arkib syubhah dalam kepala saya, sekaligus membuatkan saya rasa mahu tersembam ke bumi!

Soalan Dr.Pazim, " kenapa mereka ini suka sangat bela BABI? Sebab kegunaannya banyak! Kamu tengok ini ". Sebuah peta minda ditayangkan. Gambar seekor BABI di tengah-tengah dan senarai manfaatnya di sekeliling. Dari kulit ke isi perut,dari bulu ke tulang,semuanya benda yang selalu kita lumur ke tubuh dan kita sumbat ke tekak!

Antara bahan yang bersumber dari BABI ialah gelatin dari kulit BABI, 'bahan galian' di dalam penapis air dari tulang BABI, gliserin dari lemak BABI, dan food stabilizer yang digunakan dengan meluas di dalam makanan dan minuman, juga berasal dari BABI! Ada juga ubat-ubatan dan vaksin, alat solek, yang banyaknya tak mampu untuk saya rakam dalam sekali pandang.


Betapa ' bermanfaat 'nya khinzir kepada kita!!

Selain itu turut dibentangkan tentang makanan yang diubahsuai secara genetik, antaranya ayam dan beberapa jenis tumbuhan. Ia mudah dikenalpasti dengan label 'GMO' pada bungkusan. Makanan yang terubahsuai ini kononnya baik dan menguntungkan, sebenarnya ia hanya memudaratkan genetik anda dan kelak keturunan anda akan bertukar menjadi makhluk asing dan mutant!

Untuk lebih pasti,saya hanya sempat membuat satu tinjauan ke sebuah website. Ternyata maklumat yang saya terima adalah benar. Di bawah ini adalah salinan yang saya muat turun dari laman web Michigan Department of Agriculture :

It All Adds Up to the Versatile Pig Answer Key
Pig By-Products Math
Pigs are raised mainly for meat. Other parts of the pig's body are used to manufacture items, which are
called by-products.

1. Bones and skin from the pig are used to make gelatin and g l u e

2. Glycerin is used in making lipstick and c r a y o n s.

3. Glass and fertilizer can be produced from b o n e m e a l

4. Dried bones are used to make buttons and c h I n a dishes.

5. Pig pancreas glands are a source of insulin, which is used to treat
d I a b e t e s

6. Because it is like human skin, pig skin is used in treating b u r n s

7. Pigs can help humans who have growth problems through the use of their
h o r m o n e s

8. Pig heart valves have been implanted in human h e a r t s

Adapted from the Illinois Pork Producers Association, 6411 S. Sixth St., Springfield, IL 62707, (217) 529-3100 begin_of_the_skype_highlighting (217) 529-3100 end_of_the_skype_highlighting.


Apa yang saya tahu sebelum ini, antara bahan yang bersumber dari BABI ialah emulsifier(digunakan di dalam coklat,kek dan aiskrim), bulu yang dibuat berus gigi, kulit yang dibuat kasut. Jadi saya sedaya upaya cuba elakkan tiga perkara tersebut. Tapi selepas menontonslide Dr.Pazim, saya benar-benar sedar tiada apa benda yang boleh dimakan di dunia ini melainkan makanan ciptaan Allah: nasi, sayur dan ikan.

Saya pulang sambil termenung melihat kedai-kedai runcit. Tiada lagi yogurt dan minuman kotak yang saya gemari. Kerana jika diteliti makanan kita sekarang, dalam jus buah sekalipun ada ditambah food stabilizer. Shortening pula antara bahan pembaik roti yang saya selalu makan. Maka tiada peluang lagi untuk saya jamah makanan-makanan ini. Walaupun berat, saya akan mula jauhi benda-benda ini. Saya jadi insaf akan betapa kuatnya iman para sahabat yang terus melemparkan bejana arak tatkala ayat tahrim sampai ke telinga mereka radhiallahu'anhum. Saya tak mampu berbuat demikian! Namun walaupun beransur-ansur, saya tetap akan cuba.

Akhirnya saya temui kebenaran sabda Baginda Rasulullah s.a.w, dunia adalah penjara bagi mukmin. Rupanya ia penjara yang tidak disedari. Kita dikawal oleh kafir. Diberi makan dengan makanan mereka dan dipaksa hidup dengan cara mereka. Terpaksa beli barangan mereka dan terpaksa bekerja di premis-premis mereka. Bukankah ini perhambaan yang sebenar? Ibarat banduan di penjara yang terpaksa makan apa sahaja yang dihidangkan, guna sahaja bantal selimut yang disediakan tanpa sebarang pilihan. Kita pula guna sahaja handset dan laptop keluaran mereka tanpa sebarang pilihan. CEKIK sahaja 7up dan McD tanpa sebarang pilihan! Berbanding mereka yang terkurung di Gaza, kitalah sebenarnya yang terkurung dalam dunia acuan kafir!

Begitu juga sabda Baginda Nabi s.a.w, " Islam itu bermula dengan asing dan akan kembali asing,maka beruntunglah orang yang asing "... Mananya tak pelik dan asing kalau pergi kedai asyik membaca label. Orang sambar saja, yang dia sibuk nak perhati tulisan macam semut. Mananya tak pelik dan asing kalau orang semua suka lantak coke tiba-tiba dia seorang hendak boikot. Mananya tak pelik dan asing kalau orang lain mengubat senggugut dengan mirinda tapi dia sanggup berguling tahan sakit perut sebab boikot mirinda. Mananya tak asing...........

Tapi terasing di dunia yang sekejap ini apalah sangat berbanding duduk di halaqah Rasulullah di syurga yang kekal... Apalah sangat nilai cadbury berbanding satu doa mustajab yang menghancurkan tembok Gaza. Ingat sabda Baginda, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG ASING......

Jangan sebut ayat "kalau macam tu, kita nak makan apa?". Banyak lagi makanan semulajadi kat dunia ini. Kita cuma perlu ubah mindset dan paradigma, kita cuma perlu berubah dan 'back to nature'. Memang makanan semulajadi pun sudah tidak berapa selamat tapi sekurang-kurangnya kita tau ia tak syubhah dan tak datang dari BABI! Sedar tak, datuk nenek kita dulu makan semua benda semulajadi dan lahirkan kita. Mati tak,tanpa snickers dan pepsi? Mati tak tanpa KFC? Tidak... Kita boleh berubah! Diriku, sahabat-sahabat, ayuh mula periksa makanan anda. Ayuh sucikan darah daging kita dari sumber haram dan BABI. Mudah-mudahan dari kita akan lahir generasi suci yang mendaulatkan TAUHID di mukabumi..

p/s: Dalam satu kursus lain di rumah Penang, ada pegawai JAKIM mengaku mereka tidak mampu untuk pastikan ayam KFC disembelih dengan betul mengikut syarak. Atau kata lainnya,mereka sendirtidak pasti yang KFC tu halal. Mereka pun tidak bagi anak-anak mereka makan KFC dan siap marah budak agama yang selalunya memenuhi KFC... Jadi kita bagaimana? Sudah tau hal ini, masih mahu makan lagi? Esok masa di hadapan Allah jangan jawab "Saya tidak tahu!"

Sunday, September 5, 2010

Menuju Wawasan

-versi UNIQUE
-rasanya ramai taw kot..
-layannn....


Balik kampong! balik kampong!

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

.........................................................................................................................................

25 Ramadhan,4Sept,Sabtu..jeng3
3pm-off to Sg Petani,HijauKuning Tercenta...
rushing sedikit sebab nak 'membakaq ikan' skit tuk bukak posa kt umah tok...
owh..this my mom..nmpknya..ad buah tgn sikit utk tok..hehe





sebenarnya..aku ni mmg kene patot2 bersyukur sgt2 la..nk taw sebab pe.. sebabnye..
dijodohkankan dgn kampong yg...fuuhhhhh....'strategik'..cewah..
depanblakang sawah padi.. kat tepi(100m),laut plak....subhanallah..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..smpai bila2 pon alhamdulillah...



tp..time2 ak balik ni la padi dah kena kutip....so..dh x nmpk hijau original dia...



-sebenarnya..kalu xslhla..kt sini pon kena gak tempias tsunami suatu ketika dahulu


smpai je sana..angkat brg..solat..tros on arang...

-kecil2 suda-


7:25pm- alhamdulillah..makan la.. kenyang..
alhamdulillah..sempat gak terawih kt sana..

11:3opm-balik rumah la yeopp..(sory tok,xsempat pon nk tidoq semlm dua ka..)
ondway balik,igt nk singgah RFC kt Bandar Laguna,Merbok..(taw ka apa?radixfriedchicken la..haha..makan lg)
tp..tp..sampai2 ja..TUTUP..xpala..xdela hampa sgt..sebab perut pon cm da lbih muatan je..
balik jela rumah tros..
ckp jela balik rumah..padahal kat R&R Juru...hmmmmm....sumbat jugak...haihhhh..kesian kau perut....

2am- rumahku syurgaku

THE END* saje jer nak conteng2 blog ni...mmg bosan pon kan?? kan?? xpala.. sebab yg bosan tu la aku...hiaaaaaaa

................................................................................................

-Aku Malu-

Tuhanku jangan ambil nyawaku..
Sebelum ku dekat denganMu..
Tuhanku siapkan duniaku..
Tuk nanti tiba akhiratku..

Tuhan lihatlah aku..
Kuberserah kepadaMu..
Kuletakkan keningku bersujud padaMu..
Ampuni dosa-dosaku..

Berapa nikmat yang telah Kau beri..
Berapa yang telah aku ingkari..
Masih pantaskah sujudku padaMu..
Aku
malu aku malu….





Friday, September 3, 2010

Siapa yg marah sebenarnya?

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "











Pesanan ringkas... janganlah marah yer! x manis la....
Senyumla.. macam pakcik sorang ni...dari dulu senyum jerrr...











Wednesday, September 1, 2010

Ya Allah..! sapa pulak bagi niee...

Assalamualaikum...

Pengumuman2! kita berada di dlm semester yg ke-3 Sekolah Islam Ramadhan ...
Jadi..tepuk dada tanya iman... semoga kita semua sdg rancak melaksanakan pesta
ibadah(the main,myself)... Pulun jgn x pulun !

"Sedarkah kita..'tetamu' kita semakin hampir meninggalkan kita...adakah kita melayannya kali ini dgn bersungguh-sungguh..penghayatannya adakah sekadar dibibir kita..jgn sesekali...tahun depan adakah anda pasti 'tetamu' kita ini akan kembali lg..ataupun..anda pasti sempat bertemu dengannya lagi..? "

...............................................................................................................................

22Ramadhan,2Sept-Rabu

Terkejutnya aku hari ini! nak taw kenape? xpe..aku nk gtaw.. cmni..siang td.. pakcik posmen datang rumah..(bkn nak beraya la).. cm besa..jalankan tugas dia... yg terkejutnya.. ni haa!!!


selepas di goncang2..hmm..da agak dah..ni msti buku..tp.. buku apa? quran ka...tafsir ka..kot2 la kan..bukak jela !!! rupa2.. fuhhhhhhh.. ni dia..sapa pnya kerja ha?



Kala Cinta & Wahyu Bersatu.. perghhhh...novel baguih ni..... tim2 ni la...
"Ya Allah...! sapa pulak bagi niee..???"

'dipanjangkan' cerita.... pikiaq pnya pikiaq..hahaha..

"owh..ok..ari2 aku ada oder online kat pustaka iman buku ni"

hahaha..ingat ada peminat mana nak bg td..kui3
ish3..bajetla kan..sebab..aku kan akif..so..akif kan akif..(dh merapu)
sedikit tokok tambah..sebenarnya..novel ni novel kedua drpd dwilogi
Warkah Cinta Berbau Syurga..tudya!




novel 1st(WCBS) ni aku dah baca..time ending die aku rase cam x sedap je... rupa-rupanya..

"owh..dia ada sambungan la..Kala Cinta & Wahyu Bersatu"

merata-rata aku cari buku 2nd dia.. kat perak + penang aku redah.. sunway,quensbay,jusco,tesco,moscow,morocco suma aku pi cari..econsave pon aku pi..! haha
xjumpa pon..at last..ikhtiar terakhir.. beli online!!!! 1st time pulak tu try..
Alhamdulillah ..sampai juga..

Novel ni serious best! cerita dia mengisahkan student Malaysia yg kat Mesir.... :P

Credit to Ustaz A.Ubaidillah Alias & Pustaka Iman .... Syukran awi..

Novel2 gak... yg ni apacerrrr?


-brought from Bungalore,India-


????????????????????????

Sekian...wasalam...

Sunday, August 29, 2010

MASUK MASJID/SURAU

Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:

Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”

Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.

Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.

Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.

Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):

“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:

“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

............................................................................................................................................


Ana percaya ada antara kita yg sedih dgn situasi yg berlaku sekarang....hal ini berlaku kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum..

Tahu x situasi apa yg dimaksudkan? kalau x tahu..tengokla berita, baca paper.. wallahua'lam

Sekian.....wasalam


Saturday, August 28, 2010

SALAM PERJUANGAN

Kita bertemu ats dasar AQIDAH yg satu...
Bernaung di bwh bendera LAILAHAILLALLAH...
Hati kita diikat UKHUWAH FILLAH...
Membawa MISI ALLAH di dunia...
Jual DUNIA utk AKHIRAT...
Wahai BIDADARA serta BIDADARI berhati MUJAHID serta MUJAHIDAH...
Sematkan KITABULLAH WASSUNNAH di hati mu...
Kilaukan pedang JIHAD di tgn mu...
Biarkan MUSUH2 dan TAGHUT itu gentar...
Agar SYAHID jd kafan mu...
Agar suatu hari tiba saat MALAIKAT, burung2 suci, kasturi mengiringi ROH mu...
Pergi mendapatkan RABB mu...
Nun di TAMAN HIJAU tertinggi...
TAKBIR ALLAH DEKAT DI HATI...
salam perjuangan buat rakan2...
semoga ap yg dikejar di dunia ini tidak melampaui bekalan kita di AKHIRAT SANA...

Friday, August 27, 2010

3 PERSOALAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kerana masih lg berkesempatan utk menaip sesuatu di ruang kecil ini..
Bkn apa..mgkin dgn coretan ini dpt menghias sedikit hati ana dan anda..mungkin jela..
Ana just nak berkongsi persoalan2 yg bermain2 di fikiran ana ..
Ini pon dgr time tazkirah terawih 2 hari lepas..

1)adakah hidup kita 'dengan' al Quran???
2)adakah hidup ahli keluarga kita 'dengan' al Quran???
3)adakah hidup masyarakat kita 'dengan' al Quran???

subhanallah..MasyaAllah... soalan nye nampak simple je...
tp..jawapannye? ok...stop

Firman Allah, maksudnya: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan."
(Al-Furqan: Ayat 30)

Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran."
(Sad 29)

.Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan."
( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)

Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah."
(An-Nahl, ayat 89)


...........................................................................................................................................

Dah sabtu dah!....beberapa jam je lg ni.. destinasi, Penang International Airport..
ada org dari india nak balik la..hehehe

Tuesday, August 24, 2010

JALINAN


Indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup selalu gembira
Di dunia ini..

Lagi indahnya
Jika kita dapat bersama
Hidup di dalam gembira
Di akhirat sana........











:::Bertemu dan berpisah kerana Allah:::
:::Ukhwah fillah abadan abada:::
:::Hablumminallah wa Hablumminannas:::

Friday, August 20, 2010

"ANA BERSEKOLAH LA"

Assalamualaikum...

dah fasa ke berapa dah kita ber-Ramadhan ye? 3/3 - 1/3= 2/3 : 30-10=20
haaaa!!! tinggal lg 20 hari??? tp..ana rasa macamm...hmmm........(macam mane ni? ya Allah..kuatkanlah aku ya Allah)

kalau ikut jadual SIR(sekolah islam ramadhan) ,

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

macam mana ni? (dlm fikiran masing2 la yer)

................................................................................................................................................

Betul ke ana nak pergi sana?

hmm..betulla..insyaAllah..hajat+niat ,usaha2 & ikhtiar sebelum2 ni mmg dah ke arah sana...
tp...berserah pada takdir la.. ana mmg xtahu rahsia Allah..


Dah buat persediaan ke?

dah..
1) premedic 2bulan
2)JOM Pulau Kapas 3hari
3)SPIES kat ILSAS 3hari

Owhh.. ni kira dah berSEDIA la ni...?

*dah xboleh jawab*
terpikir2 juga...btol ke ana da bersedia..

Hakikatnya= BELUM
sebenarnya..ada lg' persediaan' yg belum diselesaikan.. ya Allah...permudahkanlah..

So, sekarang duduk rumah jela?

eeerr..xdela duduk sangat.... ade keje sikit

Abes tu?

"ana bersekolah la"

Jadi cikgu sebentar ke?

eh2...xla.. betul..
"ana bersekolah la"

xpahamla..

betul..cuma bese2 je...jadi 'murid' gak la....
ala...
"ANA BERSEKOLAH LA" !!!

............................................................................................................................................


Memikirkan, manusia tahu dan sedar, siapa Tuhan yang menciptakan dirinya. Dan sedar di akhir penghujung hidup dia akan mati, dan bertemu dengan Tuhan. Namun, mengapa manusia itu sangat degil?

wallahua'lam.....



Saturday, August 14, 2010

SIR : Sekolah Islam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, pendaftaran bagi Sekolah Islam Ramadhan (SIR) telah dibuka kepada semua muslim, tak kira umur, jantina, warna kulit dan taraf status !


Nak kata ia ....

Sekolah Berasrama Penuh(SBP) ? bajetla...

Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) ? mana mungkin...

MRSM? oooo..tidakk...

Sekolah Kluster? hahahaha.....

SMKA? salah..

Sekolah Teknik? huyyo....

ia 'hanya' sekolah harian....

Pengajian :

Semester 1 – mendapat rahmat

Semester 2 – menuju maghfirah

Semester 3 – mencapai pemeliharaan dari api neraka

Syarat-syarat kelayakan :

1. Persediaan mental – menahan diri dan nafsu dari kejahatan

2. Persediaan ruhi – meletakkan sepenuh jiwa untuk sukses

3. Persediaan fizikal - jasad yang mantap untuk melaksanakan tugas

4. Sesi muhasabah - terhadap puasa pada Ramadhan lepas

5. Masterplan - merancang yang lebih baik pada tahun ini

6. Menjalani persediaan di Kolej Rejab dan Syaaban

Kurikulum dan ko-kurikulum :

Puasa 30 hari + Qiyammullail + Tilawah Al-Quran + Sedekah + Terawih & Nawafil + Iktikaf + Umrah + Zikir + Amar Ma’ruf Nahi Munkar

Saham-saham yang disertakan (secara kasar) :

Purata sehariNawafilFardhiah*Jihad + Dakwah**
Selain Ramadhan170700
Ramadhan704 90049 000
Lailatul Qadr50 40035 280 000352 800 000


*Dalil dari Hadith Rasul SAW. (maaf tak ingat matan)

**Dalil dari Al-Quran 2:261

Sijil-sijil tamat sekolah :

- Sijil penyertaan : hanya menahan makan dan minum (Soum ‘awam)

- Sijil khas : menahan makan, minum dan perkara mungkar serta memakruhkan puasa (Soum elkhusus)

- Sijil tinggi khas : menahan segala perkara yang mencacatkan puasa dan juga menambah amal-amal soleh (Soum khusus elkhusus)

Kelebihan-kelebihan berbanding sekolah lain :*

Dibuka pintu syurga. Ditutup pintu neraka. Diikat syaitan-syaitan. Dianugerahkan lailatul Qadr. Dilimpahkan rahmat. Diampunkan dosa. Dimakbulkan doa. Dikurnia haruman kasturi dari mulut.

*Akan dianugerahkan semuanya tanpa terkecuali jika segala kurikulum dan ko-kurikulum dikerjakan dengan penuh dengan keimanan dan kesungguhan (eemanan wahtisaaban)

Testimonial dari doktor pakar sakit jiwa :

“Tempoh minimum untuk mengubah tabiat manusia adalah 30 hari = tempoh Sekolah Islam Ramadhan.”

Graduan yang telah berjaya :

Ahli-ahli Badar (313) : Para mujahid yang perlu berperang walau pada asalnya tiada niat untuk menentang musuh sebegitu. Namun, akur dengan perintah Allah dan Rasul.

Tentera-tentera Khandak : bersama-sama menggali parit sepanjang 2.3km, dengan kedalaman hingga 4.5m, dan lebar lebih kurang 4.1m [Al-Quran for Life Excellence, Dr Danial Zainal Abidin]

Toriq ibn Ziyad & tentera-tentera Andalus : panglima perang, Toriq bersama tentera-tenteranya menyeberang selat di antara Afrika dan Eropah dalam usaha untuk menawan Andalus. Diwajibkan para tenteranya untuk Qiyam. Dibakar segala kapal untuk membunuh rasa rindu dan hendak pulang ke kampung halaman serta menambah fokus bagi para tentera. Akhirnya kemenangan di tangan mereka.

Abd Rahman Al-Ghofiqi – seorang syahid, seorang panglima tentera dalam siri peperangan Andalus, perang ini berlaku dalam kawasan sejauh 30km dari bandar Paris.

Ali Abi Talib – dihantar ke Yaman bersama surat baginda SAW untuk penduduk di sana dan dalam satu hari sahaja telah berjaya untuk mengimamkan solat mereka.

Perhatian !!!

Sekolah Islam Ramadhan (SIR) = Seer = dalam Arab, membawa maksud rahsia. Ganjaran puasa itu hanya terletak disisi Allah semata-mata. Maka, ambillah hatiNya untuk sejahtera diri anda. Kelebihan-kelebihan yang disenaraikan dan saham-saham yang dihuraikan secara kasar hanya sebagai penolak bukan jaminan untuk akaun peribadi.


Dan sekolah ini tidak mendidik jiwa pelajarnya untuk berbelanja berlebih-lebihanseawal mungkin seperti tidak mengalu-alukan langsung tetamu mulia ini.


"Jika kalian beramal kerana Ramadhan, Ramadhan akan meninggalkan kalian. Beramallah kerana Allah, Allah tidak akan pernah meninggalkan kalian."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut