Friday, May 20, 2011

Ku sangka panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari..

Hari ini Jumaat, aku ceria seperti biasa.Tapi, tidak lama..
Benarlah kata orang, sarang tebuan jangan dijolok..
Itulah aku,berani sangat..

"tapi aku hanya memerhati,pemikiranku? fikrah kita berbeza?"

Ya Allah..apa ni, aku tak paham..
Tolonglah,kenapa mesti marah menguasai diri?
Ya! Mungkin aku salah, aku tersilap

"aku Band?"

jika diberi sebuah buaian yang tergantung di dahan pokok..
aku hanya ingin duduk tanpa membuai ke depan ,mahupun ke belakang...
aku nak yang tengah-tengah..adil kan? akar tak tercabut, daun tak gugur..

Hmm..sedihla macam ni...
Jujur,aku tak nak pun ini berlaku..
tapi bila Dia dah kata Kun,Kun lah kan..
tapi memang aku yang silap kan..

"aku minta maaf boleh?"

TIADA JAWAPAN.......

Aku nak minta maaf ni..kenapa? salahku ini terlalu menyakitkan hati eh?

"aku minta maaf boleh?"

Aku seperti diserang..masihku ingat..tibe2 kau kata "cukup x?"
Ya Allah..apa ni, aku tak paham..
Ya aku silap.tak boleh ke aku silap?
Aku dah banyak kali silap..maaf lah,sebab silap aku kali ni kena pada kau..

"aku minta maaf boleh?"

Kalau kau nak tahu, aku sedih lah sekarang..Mungkin kau nak cakap..

"alah,kau fikir kau punya sedih je lah?"

Kalau begitu jawapan aku senang sahaja..
Yela,kan aku yang silap.Aku yang terjolok sarang tebuan!

Saat ini, datang seorang sahabat..menunaikan tanggungjawabnya.. memberiku nasihat!
Katanya..

"Allah syg kamu,sebab itu Allah uji kamu..
Allah tahu segala-galanya,Jgn bersedih,tapi bersabarlah.
Mungkin Allah rindu pada kamu."

Aku selalu ingat, La Tahzan,Innallaha ma'ana.. Tapi....


Terima kasih kepada semua insan yang terlibat menghiasi hidup
aku hari ini.Suka,gembira,sabar,Sedih.. Alhamdulillah
Ya Allah,ku mohon petunjukMU..


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)



Friday, May 13, 2011

Duhai hati...


Bismillahirrahmanirrahim

Duhai hati
Duhai hati-hati di jari-jari Allah
Berterus teranglah
Saling percayalah
Berpadulah
Berkasih sayanglah
Kamulah hati-hati
yang sesungguhnya berkumpul
berikrar mendokong syariat Nya
Kamulah hati-hati
Yang memikul beban dakwahnya
Kamulah hati-hati
Yang pernah bersumpah
Untuk mengejar piala syahid
Di bumi ketandusan nilai Ilahi

Kami impikan nilai hidup bertuhankan Dia
Kami impikan tenang hidup bersuluhkan Al-Mubin
Kami mahukan roh hidup berbiah nubuwwah

Kapankah?
Mampukah?

Ya Allah
Kami mahu
Tapi kami tak mampu
Ya Allah
Kami rindu
Tapi sukar bersatu
Ya Allah
Kami perlu
Tapi kami tiada ilmu

Rindu dikelilingi suasana
Bilamana
Perhatian Allah dijadikan rebutan
Rindu dikelilingi suasana
Bilamana
Imbuhan manusia dipandang sepi
Rindu dikelilingi suasana
Bilamana
Allah, Allah dan Allah saja yang didamba-damba

Kata kakak
‘Dik… Tarbiyah bukan kerja mudah
Hasilnya bukan boleh kita lihat dalam setahun dua
Mungkin berpuluh-puluh tahun… Kita perlu bersabar…’

Kata abang
‘Dik… Kita perlu bina asas yang jitu…
Qaedah Sulbi… Perlu keras… Perlu kuat…
Ikut nabi kita… Nescaya kita bisa lihat sinar kesan tarbiyah’

Kakak… Abang…
Adik mahu
Adik rindu
Adik perlu
Tapi kadang-kadang adik keliru
Kemudian jadi tak menentu

Di bidang ini
Diri ibarat rebung baru tumbuh
Masih lembut lagi mudah dilentur-lentur
Tak kuat apatah gagah berdiri megah
Bisakah menanggung berat yang bertimpa-timpa?
Takut-takut, patah tak sempat menjadi buluh

Tapi… Kata kakak lagi
Semuanya bukan kerana usaha semata
Semuanya atas rahmat Allah

Rahmat Allah kakak?
Jadi… Kita berusaha
Namun cuma rahmat Allah yang menentukan

Adik nantikan rahmat Allah
Bila Dia kata
Kun
Maka kunlah kan?

Maknanya
Diakhirnya
Penamatnya
Kepada Allah jua diserah segala urusan

Maka
Duhai hati yang merindu
Duhai hati yang mahu
Duhai hati yang perlu

Nilai hubungan hati-hati kamu dengan tuhan kamu dahulu
Kerna di jariNya letak hati kita
Moga
Hati-hati ini
Bersatu, saling percaya, saling menguatkan, saling berkasih sayang
Atas rahmatnya
Agar tarbiyah
Jadi tak asing
Agar rindu ini
Seluruh umat mengerti dan turut merindu

Untuk hidup hanya untuk Allah Tuhan yang satu

Ameen



Last lecture :(

Saturday, April 23, 2011

Sesekali Diuji..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Apa khabar sahabat? Apa khabar hati ? Apa khabar iman ?
Sengaja aku mencuri masa yg ada ini untuk..untuk perbaiki diriku sendiri.. pelik kan?
Khamis,14/4/2011- Buat pertama kalinya aku berjaya turun training rugby di padang gamaah. Setelah bertahun-tahun aku berpisah dengannya,kini aku kembali menyahut cabaran karier ini.(haha) Seronok juga! Malang tidak berbau, INJURED.. kata orang memang normal la tu kan.. Tapi bagi aku kelukaan yg aku hadapi ni terasa sangat la pedih..hanya Allah saja yg tahu.. jujur aku katakan,terasa juga sedikit seksa ketika aku solat.... Sakitnya! Keesokan harinya Jumaat,seperti biasa pergi ke masjid utk menunaikan solat Jumaat..Sakit yg ku rasa masih belum hilang sehingga kemuncaknya ketika duduk antara dua sujud.  Perit bukan? Pulang dari solat,ketika aku jalan berjengket-jengket..tiba-tiba hatiku terdetik... “ya Allah,lemahnya aku, sungguh.. sakit yg aku rasa ni masih belum cukup menebus dosa2 ku yg lalu” jika hendak dibandingkan,ia hanyalah seperti sebutir pasir berbanding dosa-dosaku yg menggunung..

Aku berdosa ya Allah!

Hari itu, sambil-sambil aku menghayati musim spring yg sedang menyelubungi bumi kinanah ini, sempat aku sign in facebook dekat phone. Hari-hari yg aku lalui sekarang terasa sgt panas pada siangnya. Sempat aku mengupdate status kosong ku..
“ya Allah panasnya hari ini,belum lg yg paling panas di dunia ini,dan macam mana pula nnt yg 70 kali ganda lagi panas tu ye? –hmm “

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim,Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: “sesungguhnya api yg kita saksikan di dunia ini adalah satu bahagian drpd 70 bhgn drpd api neraka jahanam.”Para sahabat berkata.”wahai Rasulullah,api dunia pun telah cukup(panas).” Baginda bersabda lagi: “Api neraka melebihinya dgn 69 kali ganda”

Aku terus meneroka ruangan laman sosialku di facebook, menarik! Ye status seorang seniorku sgt menarik perhatianku.. Statusnya berkenaan ungkapan takziah drpdnya kpd seorg kwn baiknya yg baru sahaja pergi menemuiNya, Al-fatihah.. Dengan nama arwah yg di tag oleh seniorku itu, berbekalkan 1001 persoalan,dgn mudahnya aku menyusuri ke wall facebook arwah... sebenarnya dah byk kali aku buat begini, x salah kan? Mengambil ibrah.. Pelbagai wall post dari sahabat2 arwah sempat ku baca.Salah satu wall post yg sedikit terkesan, seorg shbtnya mengungkapkan dahulu arwah pernah berkata..”mcm mana mesir? Packing cepat2,seronokla balik free.Sini Madinah ok je..Sy x balik la..NAK DUDUK SINI LAMA2” *boleh kurang mcm ni la.Sungguh..sayu..arwah merupakan seorang pelajar di Madinah,al-hafiz kalau x silap.. untungnya allahyarham dijemput olehNya di bumi yg sgt mulia..

Bagaimana pula aku,anda? Sudah bersedia utk offline ataupun sign out facebook buat selama-lamanya? Sudah bersedia face to face dgn Allah? Tepuk dada tanya iman.

Cepat! Lakukan ‘sesuatu’ sebelum wall facebook kita dipenuhi ucapan takziah!

-Sedikit muhasabah,perkongsian dari Solusi isu n0.28.Api Dunia vs Api Neraka-

Allah berfirman:”Tidakkah engkau melihat api yg kamu nyalakan.Kamukah yg menjadikan kayu itu atau Kamikah yg menjadikannya? Kami menjadikan api itu utk peringatan dan kegunaan bagi manusia.” (Surah al-Waqi’ah 56:71-73)

Qatadah dan Mujahid mentafsirkan kalimat ‘peringatan’ ini dgn berkata: “Maknanya ,api dunia ini sebagai peringatan bagi api akhirat yg paling besar”
Imam al-Zamakhsyari,dalam tafsir al-Kashshaf mengungkapkan kata-kata yg sgt indah.Beliau menulis:”Allah menggantungkan sebab-sebab kehidupan dgn api,juga membuat seluruh manusia memerlukannya,agar mereka selalu melihat api ini lalu mengingati ancaman Allah SWT.”

Oleh sebab itu,mari kita bayangkan suhu panas api neraka dgn membandingkannya dgn api yg paling panas di dunia.Permukaan matahari misalnya ,memiliki kepanasan yg mencapai kira-kira 6000¬°C,sementara suhu di pusatnya lebih kurang 15 000 000°C.Setiap batuan atau logam apa pun yg diletakkan disini akan lebur.Namun api neraka panasnya 70 kali ganda drpd ini.Bayangkan kesakitan yg tidak terkira yg akan dirasakan oleh orang yg berada di dalamnya.Setiap kali hangus dan melecur kulit mereka,Allah gantikan dgn kulit yg baru agar mereka terus merasai azab selama-lamanya.

Sekian, mohon doa drpd sahabat agar diri ini terus tabah sebagai perantau musafir perjuangan.Dan juga dipermudahkanNya utk mengharungi final imtihan akhir Mei ini,InsyaAllah.Jazakallah

Mohamad Akif Abdullah
Tika permulaan musim bunga,
Republic of Egypt

Monday, March 14, 2011

"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan..."

Dalam kesejukan malam itu..
Aku mendengar..
Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama
Salahuddin Al-Ayubbi
Merugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman,Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal sapa spiderman daripada kisah tokoh2 islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Sapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Sapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Sapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Sapa dia Muhammad Al-Fateh?
Sapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

Berapa kerat je umat zaman sekarang boleh menjawab? astagfirullah..
Keadaan berbeza apabila kita bertanya

Sapa dia Ultraman?
Sapa dia Batman?
Sapa dia Cicakman?
Sapa dia Spiderman?

lancar je jawapannya..
Benar bukan? .. hebatnya pengaruh Hedonisme dalam kehidupan.
astaghfirullah


Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan Anak kecil mendengar Cerita sang pelipur lara. bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar2 berlaku..

Bila??

Suatu Masa Dulu.....





"Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?"


kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?

Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah
.. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin....


Suatu ketika dulu
beliau pernah meminta air minum,
tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan
kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata,
"Aku hampir mati kehausan".
beliau kemudian meminum air
yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..



Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya
tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sediri pergi ke kawasan perkhemahan
tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan
dua
kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi
merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara.
beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap
tenteranya dan memberikan arahan kepada
panglima-panglima tenteranya.

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..


Asakan Tentera Islam teramat dashat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku


Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan
di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.



" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..




Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan





27 Safar, 589H
malam itu telah nampak tanda-tanda
berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja'afar , seorang yang wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin Antara pengsan dan sedar.

Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan

"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"
(Al-Hasyr: 22)


Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

"Memang Benar"


Selepas mengucapkan kata2 itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak
meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham
ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkan
nya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup
untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian.
Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang
menterinya.





Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
"Sekarang aku datang semula ke sini."


ALangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu,

1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela islam ini sambil berkata

" Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!"


Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini..
Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat islam

Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?

astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku...

Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak2 muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..

Aku menggelengkan kepala...

Salahuddin Al-Ayubi?

mungkin tidak....



http://pengembaraanmencarituhan.blogspot.com/

Monday, February 28, 2011

Wasiat Rasulullah kpd Muaz





" wahai muaz...
kuwasiati agar
bertakwa kpd ALLAH,
berbicara yg benar,
teguh memegang janji,
menyampaikan amanat,
meninggalkan khianat,
mengasihi anak yatim,
menjaga tetangga,
menahan amarah,
berbicara lembut,
memberi salam,
setia pd imam,
memahami AL-QURAN,
menyukai akhirat,
memprihatinkan hisab,
memendekkan angan2
dan beramal baik..
serta aku larang engkau
memaki org islam,
membenarkan org dusta,
mendustakan org benar,
menderhaka imam adil,
dan membuat kerosakan di bumi "


wallahua'lam........


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
'Allahu ma'i...Allahu naadhiri...Allahu syaahidi!'

senaman mulut