Friday, April 13, 2012
Aku bukanlah superman,aku juga bisa...
Monday, August 22, 2011
:: Ganjil ::
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?669fbc1db1c8d525a076a8a2a4f66806
Monday, August 1, 2011
JOM Jadi Pelumba
RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH RUHIYAH (PENBINAAN KEROHANIAN)
Pada dasarnya, setiap ibadah yang Allah perintahkan kepada hamba-hambaNya, selain merupakan kewajiban dan alasan diciptakannya manusia dan makhluk lainnya; juga merupakan wasilah untuk membersihkan diri manusia itu sendiri dari kotoran dan dosa yang melumuri jiwa, sehingga tidak ada satu ibadahpun yang terlepas dari arah tersebut.
a. Solat misalnya merupakan wasilah untuk mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.
b. Zakat yang dikeluarkan oleh orang kaya merupakan wasilah untuk membersihkan diri dan hartanya dari kotoran yang terdapat dalam hartanya seperti yang tersirat dalam surah At-Taubah ayat 103 : “Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” dan surah Al-Lail, ayat 18 : “Yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya.”
Begitu juga dengan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat ibadah puasa, ia berfungsi sebagai wasilah bagi “Tazkiyatun Nafs” (perbersihan jiwa), di mana orang yang berpuasa selain menjaga diri untuk tidak makan dan minum, juga dituntut untuk :
1. Mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
2. Melatih dirinya untuk menyempurnakan ibadahnya kepada Allah walau dalam keadaan lapar.
3. Bersikap jujur.
4. Menjaga diri dari ucapan kotor dan keji.
5. Menjauhi sifat hasad dengki.
6. Memenangkan ruh Ilahi ke atas materialistik.
7. Mengutamakan akal di atas nafsu syahwat.
RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH JASADIYAH (PEMBINAAN JASMANI)
Ibadah puasa merupakan ibadah yang tidak hanya memerlukan pengendalian hawa nafsu tapi juga memerlukan kekuatan fizikal di mana puasa tidak diwajibkan bagi mereka yang kesihatannya tidak dalam keadaan terbaik seperti orang tua yang telah lanjut usia, orang sakit, wanita yang sedang hamil atau menyusu serta orang yang sedang musafir (dalam perjalanan).
Kesemua keadaan-keadaan tersebut merupakan keringanan (rukhsah) bagi mereka disebabkan :
a. Ketidakmampuan fizikal.
b. Keadaan kesihatan janin dan bayi.
c. Untuk menjaga kesihatan bagi orang yang sedang bermusafir.
Selain itu juga dengan puasa dari segi kesihatan akan :
1. Membersihkan usus-usus.
2. Memperbaiki kerja pencernaan.
3. Membersihkan tubuh dari sisa-sisa endapan makanan.
4. Mengurangi kegemukan.
5. Menenangkan kejiwaan atas aspek material yang ada dalam diri manusia.
RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH IJTIMA’IYAH (PEMBINAAN SOSIAL)
Selain melatih diri, puasa juga memiliki sisi pendidikan sosial di mana dalam kewajiban puasa Ramadhan, seluruh umat Islam di dunia diwajibkan berpuasa tanpa terkecuali samada :
a. Yang kaya atau miskin.
b. Lelaki atau wanita, kecuali bagi mereka yang ada uzur.
Di sinilah letaknya pendidikan sosial di mana mereka semua sama :
1. Di hadapan perintah Allah swt samada dalam merasakan lapar dan dahaga.
2. Dalam ketundukan terhadap perintah Allah swt.
Puasa juga dapat membiasakan umat untuk hidup dalam kebersamaan, bersatu, cinta keadilan dan persamaan.
Selain itu, ia juga dapat melahirkan kasih sayang kepada orang-orang miskin sehingga orang-orang yang mampu dan kaya merasakan apa yang di deritai oleh orang-orang fakir dan miskin sehingga ke tahap mahu memberi dari rezeki yang Allah anugerahkan kepadanya. Maka, dari sinilah di harapkan akan timbulnya rasa persaudaraan dan perpaduan.
Dalam puasa Ramadhan juga disunnahkan untuk memperbanyakkan sedekah kerana sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.
Bersedekah bukanlah hanya memberi wang , tetapi termasuk di dalamnya :
a. Memberi pertolongan.
b. Mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin.
c. Memberi perhatian.
d. Memberi seulas senyuman.
Jika konsep memberi (secara luas) ini dapat diterapkan secara maksima selama bulan Ramadhan, maka amat luar biasa pengaruhnya terhadap peribadi kita di mana :
1. Sikap kikir akan menyingkir.
2. Sikap kebergantungan akan menghilang.
Dengan memberi sedekah setahap demi setahap, harga diri akan meningkat kerana sesungguhnya ketika kita memberi, seseorang akan memperolehi. Oleh yang demikian, dalam konsep memberi terkandung intipati cinta-kasih.
Adanya kewajiban Zakat fitrah dalam bulan Ramadhan merupakan bukti lain adanya ‘tarbiyah ijtima’iyah’ yang dibangun dalam bulan Ramadhan, iaitu zakat atau sedekah yang dihubungkan dengan Aidil Fitri.
Pada saat itu, setiap orang Islam diwajibkan membayar zakat fitrah berupa bahan makanan yang jumlahnya telah ditentukan, samada berupa gandum, beras atau apa sahaja yang menjadi bahan makanan pokok daerah setempat dan dihitung menurut jumlah keluarga termasuk orang tua, anak-anak, lelaki dan perempuan.
Selain itu, dalam berpuasa juga ditanamkan sifat toleransi dan perpaduan dalam kehidupan yang memiliki pelbagai etnik, warna kulit dan bangsa, apalagi sesama muslim yang memiliki kepelbagaian mazhab, kelompok dan golongan yang berasal dari kepelbagaian kefahaman dalam mengambil intisari dari ajaran Islam.
Perbezaan kelompok, mazhab dan golongan adalah merupakan suatu yang lumrah, namun yang patut kita sedari bahwa dengan adanya perbezaan tersebut kita, umat Islam tidak boleh berpecah belah dan tidak bersatu, namun hendaknya ia mampu dijadikan wasilah untuk memupuk persaudaraan dan membangun bangunan Islam agar lebih kukuh lagi sehingga dengannya tidak akan berlaku saling berkelahi, mencela, menuding jari dan menghina semata-mata hanya permasalahan remeh temeh dan berstatus ‘furu’.
RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH KHULUQIYAH (PEMBINAAN AKHLAK)
Puasa juga mendidik manusia untuk memiliki akhlak yang mulia dan terpuji, sabar dan jujur serta tegar terhadap segala ujian dan cobaan.
Perkara ini boleh dilihat dari arahan Rasulullah saw dalam sebuah Hadits Qudsi bahwa orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.
Segala tingkah lakunya mesti berasaskan kepada budi yang luhur. Ia wajib menjaga diri, jangan sampai melakukan ‘ghibah’ (mengumpat diri orang lain atau gosip), atau melakukan perkara-perkara yang tidak berguna sehingga Allah berkenan menerima puasanya.
Rasulullah saw bersabda :
“Apabila seorang dari kamu berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Apabila dicela oleh orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah: “Aku ini sesungguhnya sedang berpuasa”.
Dalam hadits lain, Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan dusta, maka Allah tidak memerlukan lapar dan dahaga mereka”. (HR Bukhari dan Abu Dawud).
Mengenai hadits di atas, Al’Allamah Asy-Syaukani berkata :
“Menurut Ibnu Bathal, maksud hadits di atas bukan bererti orang itu disuruh meninggalkan puasa, tetapi merupakan peringatan agar jangan berkata bohong atau melakukan perbuatan yang mengandungi dusta.”
Sedangkan menurut Ibnu Arabi, maksud hadits ini ialah bahwa puasa seperti itu tidak berpahala dan berdasarkan hadits ini juga, Ibnu ‘Arabi mengatakan pula bahwa perbuatan-perbuatan buruk tersebut di atas dapat mengurangkan pahala puasa.
RAMADHAN MERUPAKAN WASILAH TARBIYAH JIHADIYAH (PEMBINAAN SEMANGAT JIHAD)
Puasa juga merupakan wasilah dalam menumbuhkan semangat jihad dalam diri umat, terutama jihad dalam :
a. Memerangi musuh yang ada dalam jiwa setiap muslim.
b. Mengikis kehendak hawa nafsu.
c. Berusaha menghilangkan dominasi kecenderungan jahat jiwa yang sentiasa membawanya kepada perbuatan yang menyimpang.
Bahkan puasa juga menumbuhkan semangat jihad yang nyata di mana peperangan yang berlaku yang melibatkan Rasulullah saw dan para sahabat kebanyakannya di bulan Ramadhan dan justeru dengan berpuasa mereka mendapat lebih semangat dalam berjihad kerana dengan puasa, hati terasa lebih dekat kepada Allah swt dibanding hari-hari dan bulan-bulan yang lain, walaupun pada dasarnya Rasulullah saw dan sahabatnya tidak pernah merasa jauh dari Allah swt.
Bukan pula disebabkan oleh berpuasa, orang lalu boleh bermalas-malasan atau mengutamakan tidur, tapi yang lebih utama adalah kegiatan dan aktiviti orang yang berpuasa tidak kendor dan berkurang hanya kerana alasan sedang berpuasa.
Namun sebaliknya, ia mestilah lebih ditingkatkan lagi kerana ganjaran orang yang melakukan kebaikan ketika puasa Ramadhan bahwa pahalanya akan dilipat gandakan sepuluh kali ganda oleh Allah swt.
Oleh kerana itulah Allah swt berfirman :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (QS Al Ankabut : 69)
Puncak tarbiyah yang dapat di raih oleh seorang muslim pada bulan Ramadhan adalah mencapai maqam taqwa disisi Allah swt sebagaimana firman Allah swt pada penutup perintahNya untuk berpuasa, “agar kamu bertaqwa”, kerana hanya dengan puasalah, kesihatan ‘qalb’ (hati) dan ‘jasad’ (jasmani) akan terjaga.
Ya Allah, sesungguhnya kami menanti kedatangan tamu yang agung ini di mana di dalamnya terkumpul segala wasilah tarbiyah yang meliputi pembinaan kerohanian, jasmani, sosial, akhlak dan semangat jihad. Berilah kekuatan untuk kami mentarbiyah diri-diri kami sehingga sampai ke puncak matlamat menjadi insan-insan yang bertaqwa.
Sunday, June 5, 2011
::Stress::
Kebiasaannya apabila kita ditimpa musibah,masalah atau mengalami tekanan perasaan, antara kaedah berikut mungkin menjadi pilihan untuk meringankan beban. Ada yang positif dan ada pula yang negatif.
Cara-cara negatif :
- Meluahkan masalah pada individu yang dipercayai
- Keluar makan angin atau bersiar-siar
- Mencoret di atas kertas atau di laman maya.Contohnya di dalam blog,facebook dan sebagainya,oops! dan sebagainyeuw!
- Menangis atau merenung seorang diri
- Mengambil pil penenang
- Tidur
- Melampiaskan tekanan pada individu yang tidak bersalah seperti ahli bait dan lain-lain dengan cara memarahi mereka atau membentak tanpa rasional
- Mencampak barang-barang yang ada di sekeliling
- MENCARUT? Nauzubillah min zalik..
Kaedah negatif ini hanya menambah kekusutan jiwa kerana ada yang melibatkan dosa.Hal ini juga membazirkan tenaga,masa dan barang yang dirosakkan.
Cara-cara positif :
Kaedah yang paling berkesan untuk mengatasi stress ialah dengan mengambil vitamin Z. Vitamin Z tidak perlu dibeli! Cukup dengan sedikit konsentrasi pada minda dan hati. Kita akan mendapat manfaat yang sangat besar daripada vitamin Z ini. Vitamin Z yang dimaksudkan ialah Zikrullah atau mengingati Allah. Ia terbukti berkesan bahkan memberi keuntungan bukan setakat di dunia fana,bahkan berpanjangan hingga ke akhirat!
Orang-orang yang beriman akan memperolehi ketenangan hati dengan zikrullah. Kenyataan ini merupakan jaminan Allah melalui ayat 28 surah ar-Ra’du. Apa jua permasalahan yang dihadapi hingga mendatangkan stress, boleh ambil vitamin Z ini. FREE!
Noktah penting yang kita perlu ada dalam diri ialah ikhlas.
Kaedah pengambilan vitamin Z secara berkesan:
Langkah 1 : Kosongkan fikiran terlebih dahulu
Langkah 2 : Kemudian perlahan-lahan hadirkan hati untuk mendapatkan khasiat vitamin Z. Ingatilah Allah dengan fikiran dan hati anda.
Langkah 3 : Setelah fikiran anda mendapat rehat dan hati yang tenang dengan mengingati Allah,barulah anda fikirkan semula masalah yang menjadi punca sress dalam keadaan yang tenang.
Berfikir dalam keadaan tenang membuatkan kita lebih bertindak rasional dalam menentukan tindakan. Apatah lagi ketenangan yang datangnya daripada Allah. Bagi mengekalkan ketenangan yang diperolehi,usahakan kaedah penyelesaian yang diredhai Allah. Rujuk kepada mereka yang pakar dalam permasalahan yang dihadapi. Kalau kita menggunapakai cara yang tidak diredhai Allah,ketenangan akan menghilang daripada kehidupan kita. Fikir-fikirkan...
Saturday, May 21, 2011
DI SEBALIK PEPASIR TAK SEMUA NYA PERMATA
hari jumaat..